Quantcast
Format Baru Piala Dunia : Kekal Dengan Status Quo Atau Reformasi?


BERITA

Format Baru Piala Dunia : Kekal Dengan Status Quo Atau Reformasi?

Friday, 9 Dec 2016

Gianni Infantino akan menunaikan manifestonya sewaktu dipilih sebagai Presiden FIFA. Salah satu faktor kemenangan beliau ialah ingin mengembangkan format Piala Dunia dengan menambah bilangan negara yang bertanding.

Angka 48 dilihat sebagai bilangan baharu untuk kejohanan berprestij global itu. Cadangan Gianni iaitu mewujudkan 16 kumpulan yang disertai 3 negara.

Bermakna 48 negara akan menyertai Piala Dunia tersebut. Sebelum ini, beliau mencadangkan agar Piala Dunia diperbesarkan agar menjadi 40 negara bertanding.

Format 16 kumpulan?


Jika mengikut idea ini, juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati. 32 pasukan akan bermain pusingan kalah mati.

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada setiap negara akan bermain dua kali berhadapan dengan lawan sama.

Cadangan Alternatif

Cadangan 1

Ada cadangan mengekalkan 32 pasukan seperti sedia ada. Tapi pada hemat penulis, kuota Eropah mesti dikurangkan.


Selain itu, kuota CONCACAF, Amerika Selatan, Asia dan Afrika perlu ditambah. Di samping, Oceania mendapat wakil terus tanpa melalui play-off.

Cadangan 2

Cadangan kedua ialah memperkenalkan 40 pasukan bertanding. Namun begitu ia ada dua variasi sama ada satu kumpulan disertai 5 negara, yang memperlihatkan 8 kumpulan dibentuk.

Variasi kedua pula menawarkan 10 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan.

Cadangan 3


Cadangan ketiga pula mengekalkan konsep 48 negara tetapi perjalanannya berbeza. 32 pasukan akan bermain dalam pusingan kalah mati.

Kemudiannya, 16 pemenang daripada pusingan tersebut akan menyertai baki 16 pasukan lain. Tetapi, format untuk 32 pasukan itu tidak dinyatakan jelas sama ada wujudnya peringkat kumpulan atau tidak.

Apa Yang Bakal Berlaku Januari 2017?

Cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat FIFA. Untuk Piala Dunia 2018 dan 2022, FIFA telah menjamin format 32 pasukan akan dikekalkan.

Kali terakhir FIFA mengubah format Piala Dunia dengan menambah angka penyertaan kejohanan ini ialah pada 1998, sewaktu Perancis menjadi tuan rumah.

Cadangan Populis Infantino!

Pandangan peribadi penulis pula, cadangan ini sebenarnya bersifat populis dan kurang realistik. Penulis pasti majoriti (barangkali lebih 75%) peminat bola sepak dunia lebih menerima konsep 32 negara.

Alasannya mudah, senang difahami. Selain itu, ia sangat adil. Ini alasannya, FIFA tidak perlu membuat perbandingan pasukan tempat ketiga daripada setiap kumpulan.

Lihatlah apa terjadi pada EURO 2016 lalu, format yang mengelirukan. Benar, FIFA pernah mengamalkan konsep 24 pasukan seperti EURO yang lalu dengan menyaksikan pasukan tempat ketiga terbaik layak ke kalah mati.

Sayangnya, ia agak kurang praktikal untuk kejohanan besar. Konsep 40 atau 48 pasukan juga agak kurang menarik dan sukar difahami.

Malah, seandainya FIFA membuat keputusan 40 negara dengan 1 kumpulan 5 pasukan, aura ‘final day group stage’ sudah dimansuhkan.

Sebarang penambahan pasukan akan menyaksikan penambahan bilangan perlawanan. Seterusnya mengheret peningkatan angka stadium dan kemudahan berkaitan yang diperlukan.

Tempoh kejohanan akan lagi panjang dan barangkali ia akan membosankan. Mungkin juga dua negara hos yang berjiran diperlukan untuk menjayakan kejohanan ini.

Cadangan Untuk Penganjur Mega-rich

Penulis ingin mengutarakan idea berbaur nakal. Sebenarnya FIFA seolah-olah ingin memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2026 kepada Amerika Syarikat.

Ini disebabkan mereka mampu menyediakan fasiliti untuk 48 pasukan. Barangkali juga Mexico turut menjadi hos bersama. Siapa tahu?

Sekiranya semua negara ahli FIFA seramai 211 negara bertanding pun, pastinya Amerika Syarikat tetap mampu menganjurkan juga!

Malah, memperbesarkan kejohanan ini pun dilihat menafikan negara yang bukan ‘footballing-nations’ menjadi hos Piala Dunia. Tak percaya, lihat Qatar!

Kesimpulannya, Januari ini kita lihat status quo akan kekal atau reformasi bakal berlaku. Sama-sama kita nantikan!

Apa pula pandangan anda? Kekalkan atau setuju dengan reformasi Infantino? Rasanya kalau format baru tu, lepas tak Malaysia ke Piala Dunia?

Baca juga : Lavezzi – 3 Minggu Lalu Dituduh Mat Gian, Minggu Ini Dilaporkan Pemain Berpendapatan Tertinggi

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Format Baru Piala Dunia : Kekal Dengan Status Quo Atau Reformasi?



Berita Bola Yang Menarik