Previu EPL 2016/17: Kualiti Pertahanan Spurs dan Man City Penentu Perlawanan

Pada hari ini, Spurs akan melayan kunjungan pasukan ‘free scoring’, Manchester City untuk perlawanan ke-7 EPL. Ia dijangka akan menjadi pertemuan yang intensif berdasarkan falsafah dan pendekatan bola sepak menyerang oleh kedua-dua pengurus.

Prestasi Semasa

Totenham Hostpurs dan Manchester City masih tidak tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka dalam EPL.

Spurs dalam tempoh tersebut merekodkan 4 kemenangan dan 2 seri. Manakala Manchester City menang keenam-enam perlawanan terakhir mereka dalam EPL.

Manakala ini pula rekod mereka dalam 6 perlawanan terakhir untuk semua pertandingan.

sp1

Rekod 6 Pertemuan Terakhir

sp2

Perkembangan Semasa 

Senarai Kecederaan

Tottenham Hotspurs – Harry Kane
Manchester City – Vincent Kompany, Kevin De Bruyne,

Senarai Penggantungan

Tottenham Hotspurs – Tiada
Manchester City – Nolito

Fakta Perlawanan

  • Spurs telah memenangi 22 daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang City; jika mereka menang lagi kali ini, mereka akan menjadikan City sebagai pasukan yang paling banyak ditewaskan kerana setakat ini, Spurs mengalahkan Everton dan City 22 kali.
  • Manchester City tewas dalam 2 perlawanan EPL terakhir menentang Tottenham
  • Sergio Aguero telah menjaringkan 28 gol dalam 27 penampilan Liga Perdana Inggeris untuk Man City.
  • Jika Pep Guardiola menang kali ini, beliau akan memecahkan rekod yang dipegang oleh Ancelotti dengan 6 kemenangan berturut-turut pada pembukaan musim.

Pemain Tumpuan

Son Heung Min (Tottenham Hotspurs)

premier-league-football-tottenham-hotspur-heung-min-son_3783426

5 gol daripada 5 perlawanan setakat ini. Sudah cukup membuktikan pemain ini adalah sumber gol yang efisien setakat ini.

Ilkay Gundongan (Manchester City)

ik

Ketiadaan Kevin De Bruyne bermakna pusat kreativiti akan diisi oleh Gundongan yang akan bergandingan dengan Silva.

Sistem Pep Guardiola jelas bergantung kepada no.8 yang ada mobiliti dan boleh menjaringkan gol.

Previu Taktikal

Ini adalah perlawanan yang akan menguji siapa lebih pantas dan siapa yang lebih baik bertahan. Dari segi kreativiti, kedua dua pasukan memiliki kekuatan dalam elemen tersebut.

Walaupun kehilangan Harry Kane, Tottenham Hostpurs tetap memiliki penggempur yang kuat dengan adanya Son Heung-Min dan juga Jansen.

Manchester City hampir dikejutkan oleh Celtic pada perlawanan UCL pertengahan minggu lalu.

Pengulas Skysports, Danny Higginbotham menjangkakan ini adalah perlawanan yang akan banyak bertarung di kawasan sayap

sp3

Sebelum Wisel

Ia bukan perlawanan yang memihak kepada Manchester City pada musim lalu. Namun Manchester City tetap unggul dalam 6 perlawanan terakhir menentang Spurs.

Ini adalah pertarungan untuk menguji kualiti pertahanan secara organisasi.

Baca juga : Ketika Prestasi Memuncak, Son Heung-Min Perlu Tinggalkan Bola Sepak 21 Bulan Atau Dipenjara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN