Previu: England Dianggap Pasukan Pilihan Dalam Perlawanan Bertemu Belgium

Baki 4 perlawanan terakhir peringkat kumpulan dalam Piala Dunia 2018 menyaksikan perlawanan di antara Belgium dan juga England menjadi tumpuan ramai pihak.

Kedua-dua pasukan sudah pun mengesahkan tempat di pusingan seterusnya, jadi perlawanan ini dilihat sebagai peluang terbaik untuk mencari siapakah juara kumpulan.

Hal ini kerana, Belgium dan juga England sudah mengutip 6 mata tetapi England berkelebihan dari segi perbezaan gol.

Tempang

Dalam perlawanan ini, penulis melihat pasukan England sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini.

Pertama, kerana mereka sedang mendahului kumpulan dengan perbezaan jaringan yang cukup baik.

Kedua, mereka berada dalam prestasi yang baik dan skuad kendalian Gareth Southgate ini tidak mengalami pelbagai isu seperti kecederaan.

Bagi Belgium, Roberto Martinez telah memberikan bayangan yang beliau akan menurunkan barisan kedua menentang England.

Selain itu, Belgium turut akan turun tanpa tonggak utama seperti Romelu Lukaku.

Walaupun begitu, Belgium sepatutnya tidak mempunyai masalah kerana selain Lukaku mereka mempunyai Michy Batshuayi sebagai pengganti.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 23: Michy Batshuayi of Belgium celebrates with team-mate Youri Tielemans after scoring during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Tunisia at Spartak Stadium on June 23, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Macam mana pun, perlawanan ini dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan sebenarnya setara dari segi kualiti.

Malah, tidak keterlaluan untuk penulis mengatakan para pemain kedua-dua pasukan saling mengenali corak permainan masing-masing kerana majoriti pemain Belgium dan England beraksi di Premier League.

Pemain tumpuan

Nadi serangan Belgium ketika menentang England pastinya terletak pada bahu Eden Hazard.

Hazard yang dikatakan mengalami kecederaan dalam kemenangan menentang Tunisia tempoh hari mengatakan kecederana beliau tidaklah begitu serius.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 23: Eden Hazard of Belgium celebrates after scoring during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Tunisia at Spartak Stadium on June 23, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Jadi, kita boleh jangkakan beliau akan diturunkan dan memberikan ancaman kepada England.

Sementara bagi England, penulis teruja untuk menyaksikan bagaimana Harry Kane beraksi dalam perlawanan ini.

Beliau nyata menyerlah dalam perlawanan menentang Tunisia dan Panama namun kedua-dua pasukan itu bukanlah lawan sebenar England dan Kane.

Ujian sebenar buat England dan juga Kane bermula apabila berhadapan dengan Belgium. Jika beliau lulus ujian ini, satu petanda yang baik untuk England.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JUNE 24: Harry Kane of England is seen with the matchball following scoring a hatrick in his sides victory in the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between England and Panama at Nizhny Novgorod Stadium on June 24, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Alex Morton/Getty Images)

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini nyata menarik untuk diikuti kerana kedua-dua pasukan berada dalam prestasi terbaik di Piala Dunia.

Dikala pasukan utama lain mengalami krisis prestasi, Belgium dan England tidak mempunyai masalah mengenai prestasi dan ramai menjangkakan perlawanan yang menarik dan menyerang dalam perlawanan ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN