Previu: Denmark Berpeluang Layak Ke Pusingan Seterusnya Andai Tewaskan Australia

Perlawanan Piala Dunia 2018 di antara Denmark dengan Australia merupakan peluang terbaik untuk Denmark mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan kalah mati.

Selepas berjaya menewaskan Peru, Denmark berhadapan Australia yang terdesak mahukan 3 mata selepas kalah kepada Perancis.

Rekod teruk

Denmark dilihat sebagai pasukan pilihan untuk memperoleh kemenangan pada perlawanan ini.

Hal ini dapat disaksikan kerana mereka mempunyai skuad yang lebih berkualiti berbanding Australia dan juga mereka berjaya menang perlawanan pertama mereka sebelum ini.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 16: Simon Kjaer, Kasper Schmeichel and Thomas Delaney of Denmark sing their national anthem ahead of the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Peru and Denmark at Mordovia Arena on June 16, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Elsa/Getty Images)

Bagi Denmark, perlawanan ini tidak lebih dari sebagai peluang terbaik mereka untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Mereka perlu menang untuk mengelak kesukaran bertemu Perancis dalam perlawanan akhir andai mereka seri atau ditewaskan Australia.

Bagi Australia pula, selain misi memburu 3 mata untuk mengelak dari tersingkir awal perlawanan ini merupakan peluang terbaik mereka untuk memperbaiki rekod menentang wakil Eropah.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 16: Mile Jedinak of Australia celebrates after scoring his team’s first goal, from a penalty, with team mates during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Australia at Kazan Arena on June 16, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Hal ini kerana mengikut statistik, Australia telah kalah 7 daripada 9 perlawanan menentang wakil Eropah di Piala Dunia.

Kali terakhir mereka menang menentang wakil Eropah adalah pada Piala Dunia 2010 menentang Serbia.

Perlawanan Denmark-Australia ini merupakan perlawanan pertama mereka di Piala Dunia.

Sebelum ini, mereka pernah bertemu dalam siri perlawanan persahabatan antarabangsa sebanyak 4 kali.

Denmark menang 2 kali manakala Australia menang sekali dan satu lagi berakhir dengan seri.

Pemain tumpuan

Bagi Denmark, tumpuan pastinya terarah kepada perancang mereka – Chrisitan Eriksen.

Eriksen jelas bermain baik pada perlawanan yang lalu dan merupakan pemain Denmark terbaik di atas padang selain Kasper Schmeichel.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 16: Christian Eriksen of Denmark controls the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Peru and Denmark at Mordovia Arena on June 16, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Ketika aksi menentang Peru, Eriksen telah mencipta 3 hantaran utama yang memberikan Denmark peluang untuk menjaringkan gol.

Salah satu daripada 3 hantaran itu berjaya dijadikan sebagai bantuan gol selepas hantaran tersebut disudahkan dengan jaringan gol.

Bagi Australia pula, tumpuan terarah kepada pemain bernama Tom Rogic.

Merupakan pemain yang menjadi sandaran di peringkat kelab bersama Celtic, Piala Dunia merupakan peluang terbaik untuk Rogic menempa nama di peringkat tertinggi.

Dalam aksi menentang Perancis, Rogic berjaya melakukan dribble successful sebanyak dua kali sementara beliau juga mempunyai kadar hantaran yang baik iaitu sebanyak 92%.

KAZAN, RUSSIA – JUNE 16: Ngolo Kante of France and Tom Rogic of Australia battle for the ball during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between France and Australia at Kazan Arena on June 16, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Prestasi beliau menentang Perancis tempoh hari bukanlah yang terbaik, akan tetapi beliau merupakan pemain Australia yang mempunyai potensi untuk pergi jauh selepas mengharungi musim cemerlang di peringkat kelab.

Sebelum sepak mula

Tekanan jelas menghantui kedua-dua pasukan dengan Denmark perlu menang untuk mengesahkan tempat di pusingan seterusnya.

Australia perlu menang untuk tidak tersingkir awal dari Piala Dunia.

Siapa akan berjaya dalam perlawanan ini? Kita nantikan malam ini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN