Laporan & Highlight: Gol Tunggal Luis Suarez Hantar Arab Saudi Pulang

Arab Saudi menjadi pasukan terbaru yang tersingkir daripada saingan. Mereka hanya akan bermain dalam perlawanan ke-3 sebagai pelengkap jadual.

Uruguay menang 1-0 hasil jaringan Luis Suarez pada separuh masa pertama. Kini Suarez sudah terlibat secara langsung dalam 8 daripad 15 gol Piala Dunia terakhir Uruguay dengan 6 gol dan 2 bantuan gol.

Arab Saudi ulang perkara sama

Arab Saudi sekali lagi bermain dengan banyak penguasaan bola dan hantaran. Namun mereka tidak tahu apa nak buat dengan bola tersebut.

Separuh masa pertama mereka da 55% penguasaan bola dan separuh masa kedua dengan 51%. Dalam perlawanan menentang Rusia mereka mengusai perlawanan sehingga 65% namun tiada penyudah.

Arab Saudi melakukan 548 hantaran dalam perlawanan ini. Anda sudah boleh bayangkan yang mereka sangat banyak menggerakkan bola. Malangnya, Arab Saudi hanya melakukan 5 percubaan gol dalam perlawanan ini dan 1 sahaj percubaan yang tepat.

Uruguay perlu semak realiti

Uruguay sebenarnya tidak beraksi dalam prestasi terbaik. Dalam perlawanan menentang Mesir mereka memerlukan tandukan minit akhir untuk menang.

Dalam perlawanan ini, mereka hanya melakukan 4 percubaan ke arah gol dan 1 percubaan tepat sahaja. Itu yang menjadi gol. Keadaan ini tidak menggambarkan pasukan Uruguay yang diketuai Suarez dan Cavani di hadapan.

Dengan aksi yang mereka pamerkan dalam 2 perlawanan awal ini, Uruguay akan bermasalah besar dalam pusingan kalah mati.

Apa selepas ini

Uruguay akan berhadapan dengan Rusia dalam perlawanan menentukan juara kumpulan. Manakala Arab Saudi akan berhadapan dengan Mesir.

Positifnya untuk pasukan Arab Saudi kali ini, mereka bukan lagi pasukan yang didominasi lawan sehingga 70%. Mereka ada kemampuan untuk bermain bola sepak mereka dengan penguasaan bola. Mereka tidak takut untuk bermain bola di kaki.

Cuma yang agak menyedihkan adalah kualiti di final third. Tiada penyudah (hantaran akhir atau percubaan gol) yang tajam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN