Previu: Belgium Sedia Tempah Tiket Ke Pusingan Kalah Mati Dengan Tewaskan Tunisia

Belgium merupakan pasukan yang menang selesa dalam perlawanan pertama Piala Dunia 2018 mereka tempoh hari menentang Panama.

Mereka menang 3-0 dalam perlawanan itu.

Lawan seterusnya? Tunisia pula menanti mereka.

Tunisia juga seperti Panama, tewas di perlawanan pertama di tangan England 2-1.

Menentang Belgium, bukannya satu tugas mudah buat Tunisia kerana mereka bukanlah calang-calang pasukan dalam kejohanan kali ini.

Lengkap menentang pincang

Perlawanan ini sekali lagi menyaksikan satu lagi pasukan yang serba lengkap bertemu dengan pasukan yang agak pincang dari segi kualiti.

Belgium di satu sudut, merupakan skuad yang mempunyai kualiti yang cukup mantap dari setiap posisi yang mampu memberikan bahaya kepada pasukan mereka.

Kualiti itu sungguh jelas dari ancaman penjaring gol dari pelbagai pemain.

Eden Hazard, Dries Mertens dan Romelu Lukaku merupakan ancaman yang cukup bahaya buat Tunisia andai tidak dikawal dengan baik.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 18: Romelu Lukaku and Kevin De Bruyne of Belgium shake hands in victory following the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Panama at Fisht Stadium on June 18, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Lukaku jelas berada pada prestasi terbaik beliau. Menjaringkan 2 gol di perlawanan memberikan momentum yang baik untuk beliau memperoleh sesi kejohanan yang hebat.

Sementara bagi Tunisia, mereka tidak mempunyai kualiti yang baik untuk memberikan cabaran yang hebat kepada Belgium.

Adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh jurulatih Tunisia adalah masalah di bahagian pertahanan.

Hal ini kerana, bahagian pertahanan Tunisia jelas tidak dapat mengawal asakan yang diberikan oleh pasukan England dalam perlawanan yang lalu.

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 18: Fakhreddine Ben Youssef and Saifeddine Khaoui of Tunisia applaud fans after during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Tunisia and England at Volgograd Arena on June 18, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Jadi, adakah Tunisia akan bermain bertahan?

Kemungkinan ya, namun dengan kebarangkalian untuk tersingkir menerusi perlawanan ini mungkin mereka akan bermain dengan sedikit terbuka untuk mencari 3 mata.

Oleh itu, jangkakan Tunisia akan bermain secara serangan balas pantas dalam perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Untuk Belgium, pemain memilih Romelu Lukaku sebagai pemain tumpuan pada hari ini.

Penulis jelas berminat untuk melihat adakah Lukaku mampu meneruskan rekod jaringan beliau di Piala Dunia kali ini.

Bagi pemain berkualiti seperti beliau, sepatutnya tidak ada masalah untuk menjaringkan gol pada perlawanan esok.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 18: Romelu Lukaku of Belgium celebrates after scoring his team’s third goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Panama at Fisht Stadium on June 18, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Ia ditambah dengan kerapuhan pertahanan Tunisia, kita boleh saksikan jaringan dari penyerang ini malam ini.

Bagi Tunisia, Fakhreddine Ben Youssef merupakan pemain tumpuan pada kali ini.

Aksi baik beliau pada perlawanan menentang England memberikan isyarat bahawa beliau merupakan sandaran negaranya untuk menggerakkan bahagian serangan.

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 18: Fakhreddine Ben Youssef of Tunisia is challenged by Ashley Young of England during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Tunisia and England at Volgograd Arena on June 18, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Beliau yang beraksi di sebelah kanan Tunisia, bukan sahaja aktif ketika menyerang, tetapi juga sering membantu bahagian pertahanan Tunisia.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini merupakan perlawanan yang wajib menang bukan untuk Tunisia sahaja, tetapi bagi Belgium juga.

Belgium sudah menang satu perlawanan, mereka wajib menang dalam perlawanan ini untuk mengurangkan tekanan dalam perlawanan terakhir mereka.

Hal ini kerana, tugas berat menanti mereka dalam perlawanan terakhir menentang England jadi mereka perlu menang dalam perlawanan ini.

Sementara bagi Tunisia, mereka wajib menang atau bersedia untuk pulang awal dari kejohanan ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN