Previu: Australia Terlalu Bergantung Pada Penalti, Perlu Menang Ke Atas Peru

Bert Van Marwijk mengakui pasukan beliau bergelut di kawasan serangan dan statistik sudah berbicara akan hal itu.

Australia kini menjaringkan 2 gol dalam kempen peringkat kumpulan dan kedua-duanya daripada sepakan penalti. Ia bukan petanda yang baik untuk pasukan ini jika mereka berhasrat mahu mara.

Situasi kumpulan C

Peru sudah pun tersingkir setelah tewas 2 kali sebelum ini. Namun kapten pasukan mereka Paolo Guerrero mahu menghadiahkan kemenangan kepada penyokong mereka yang dilaporkan seramai 30,000 di Rusia buat masa ini.

Bagi Guerrero, sesiapa sahaja yang menjaringkan gol hari ini akan menjadi hero negara mereka.

Australia masih ada peluang mara dengan syarat mereka menang dan tewas dalam perlawanan satu lagi menentang Perancis.

Taktikal

Australia yang kita lihat hari ini bukanlah menggambarkan taktikal dan falsafah Bert Van Marwijck. Mungkin kerana masih terlalu baru bersama.

Australia’s coach Bert van Marwijk (Photo by SAEED KHAN / AFP) (Photo credit should read SAEED KHAN/AFP/Getty Images)

Sebagai tambahan, Van Marwijk akan meninggalkan tugasan beliau selepas Piala Dunia ini kepada Graham Arnold.

Anda pasti masih ingat pada 2010, bagaiman Van Marwijk membentuk salah satu corak permainan yang masih berteraskan total football di Belanda. Mereka ke final ketika itu namun tewas di tangah Sepanyol.

Peru pula menunjukkan mereka pasukan yang tidak takut menyerang. Cuma mereka agak malang di hadapan gol. Mereka ada kualiti serangan balas serta keupayaan teknikal individu yang sangat baik.

Wira bangsa diperlukan Australia

Hero negara diperlukan Australia hariini. Tak kira daripada posisi mana ataupun pemain mana, dengan cara apa termasuk pemain veteran mereka Tim Cahill.

Mereka dalam situasi yang agak sukar untuk mara. Mereka perlu untuk menang dan adakah mereka akan ada wira yang akan membawa mereka ke peringkat kalah mati kali ini?

Pemain tumpuan

Daniel Arzani (Australia)

Pemain muda ini menunjukkan aksi berkualiti setiap kali dimasukkan. Dalam perlawanan menentang Denmark Arzani memperlihatkan dirinya sebagai salah seorang bakat untuk diintai oleh kelab Eropah.

Paolo Guerrero (Peru)

Impian Piala Dunia beliau hampir musnah selepas dikaitkan dengan kesalahan kokain. Namun pemain ini berjaya sampai ke Rusia mengetuai pasukan beliau terutama sekali kepada generasi muda dalam pasukan Peru.

Beliau adalah legenda hidup dalam bola sepak Peru. Masih belum memikirkan soal persaraan.

Siapa akan menang?

Peru mahu membawa kemenangan Piala Dunia pulang. Sementara Australia mahu menang untuk menghidupkan impian mereka untuk mara lebih jauh.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN