Rating Pemain Sepanyol vs Maghribi, Isco Kekalkan Momentum Terbaik

Rating

Keputusan seri 2-2 pada perlawanan di antara Sepanyol bertemu Maghribi meletakkan skuad bimbingan Fernando Hierro menghuni tangga teratas kumpulan B.

Berikut adalah rating para pemain pada perlawanan ini.

Sepanyol

David De Gea – 6.0

Berjaya menafikan percubaan berbahaya dari Khalid Boutaib menerusi serangan balas pantas. Namun, kecewa selepas dibolosi dua jaringan pada setiap babak.

Dani Carvajal – 7.0

Merupakan ancaman bahawa di bahagian sayap kanan apabila sering melakukan larian ke ‘final third’.

Berjaya mencipta bantuan jaringan terhadap gol yang dijaringkan Iago Aspas.

Sergio Ramos – 5.0

Banyak kekasaran yang dilakukannya sepanjang perlawanan.

Salah faham di antara beliau dengan Andres Iniesta membawa kepada jaringan pembukaan Maghribi.

Gerard Pique – 5.5

Melakukan kekasaran yang seharusnya mendapat hukuman tetapi beliau terselamat daripada sebarang layangan kad.

Kelihatan tidak begitu serasi bergandingan bersama Sergio Ramos.

Jordi Alba – 6.0

Beraksi dengan baik di bahagian kiri tetapi beliau sering dibayangi oleh Nordin Amrabat yang sentiasa mengawasinya.

Thiago Alcantara – 7.0

Berada di posisi yang sedikit ke bawah. Persembahannya memuaskan apabila berjaya memperagakan kemahiran yang dimilikinya.

Sergio Busquets – 7.0

Berada bersama-sama Thiago di posisi yang sedikit ke bawah. Sering merancang permainan dari kawasan tengah.

David Silva – 6.0

Tenggelam pada separuh masa pertama, namun cuba untuk kembali memberikan impak tetapi kurang berkesan.

Dikeluarkan pada minit ke-84.

Isco – 8.5

Seperti kebiasaan pada dua perlawanan terdahulu, beliau adalah antara pemain yang memberikan sumbangan berkesan buat Sepanyol.

Menghasilkan jaringan penyamaan buat Sepanyol dan yang pertama buat dirinya pada saingan Piala Dunia 2018.

Beliau mencipta 90 hantaran tepat dengan enam ‘key passes’ yang berjaya dilakukannya.

Andres Iniesta – 7.5

Bergerak bebas dalam merancang permainan dengan kawalan bola yang mengagumkan.

Menghasilkan bantuan jaringan untuk gol yang dijaringkan oleh Isco menerusi hantaran ‘cutback’ menarik.

Bagaimanapun, kesilapannya menyebabkan gol pertama yang dihasilkan oleh Maghribi.

Diego Costa – 5.5

Gagal memberikan sumbangan yang diharapkan untuk menjaringkan gol buat Sepanyol.

Terlepas peluang keemasan pada minit akhir babak pertama selepas tolakannya hasil hantaran lintang dari Iniesta disia-siakan.

Dikeluarkan pada minit ke-74.

Pemain simpanan

Iago Aspas – 7.0

Persembahan kreatif ditunjukkan selepas masuk menggantikan Diego Costa pada minit ke-74.

Menjaringkan gol penyamaan menerusi ‘backheel’ yang pada mulanya dibatalkan oleh pengadil, namun VAR telah mengesahkan jaringan tersebut.

Marco Asensio – 5.0

Menggantikan Thiago Alcantara pada minit ke-74. Kurang memberikan kesan terhadap permainan Sepanyol selepas kemasukannya.

Rodrigo – 5.0 

Hanya beraksi enam minit (tidak termasuk masa tambahan). Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenainya.

Maghribi

Munir Mohand Mohamedi – 

Selain daripada dua gol yang dilepaskan, beliau tidak banyak diuji dengan percubaan tepat dari pemain Sepanyol.

Nabil Dirar – 5.0

Bergelut untuk mengawasi Jordi Alba yang membantu bahagian sayap kiri Sepanyol.

Terlepas peluang untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya yang seterusnya membawa kepada gol pertama buat buat skuad La Roja.

Romain Saiss – 7.0

Sering melakukan terjahan penting bagi menyelamatkan keadaan.

Berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol susulan percubaan daripada tandukan dilakukan Isco.

Manuel Da Costa – 6.0

Bergelut secara fizikal dengan Diego Costa. Banyak melakukan kekasaran yang mudah.

Berjaya menjalankan tugas dengan baik bagi mengunci pergerakan Costa.

Achraf Hakimi – 6.0

Beraksi dengan baik walaupun terpaksa menghadapi ancaman dari Iniesta dan Carvajal.

Karim El Ahmadi – 6.0

Membantu ‘back four’ menghadapi asakan dari Sepanyol.

Mempamerkan aksi yang baik bagi mengekang lawan dari terus mengasak dengan lebih hebat.

Mbark Boussoufa – 6.0

Cuba untuk mengemudi bahagian tengah tetapi sering diatasi dengan serangan yang dilakukan Sepanyol.

Nourreddine ‘Nordin’ Amrabat – 6.5

Antara penggerak serangan balas pantas yang dilancarkan. Namun, beliau sering bergelut dengan Ramos dan Alba.

Hampir menjaringkan gol pada awal babak kedua menerusi rembatan cantik yang terkena tiang gol.

Younes Belhanda – 5.0

Gagal memberi impak yang besar terhadap pasukan. Dibayangi kehebatan Sergio Busquets.

Dikeluarkan pada minit ke-63.

Hakim Ziyech – 7.0

Tidak berputus asa untuk memberikan kesukaran buat Dani Carvajal.

Bertindak dengan begitu berkesan dalam melancarkan serangan balas pantas buat Maghribi.

Memberikan kesukaran buat pemain pertahanan Sepanyol.

Khalid Boutaib – 7.0

Menjadi mangsa terjahan dua kaki dari Gerard Pique.

Menggunakan peluang akibat kesilapan Ramos dan Iniesta untuk menjaringkan gol pertama perlawanan.

Terlepas peluang untuk menambah jaringan pada separuh masa pertama.

Pemain simpanan

Faycal Fajr – 6.0

Dimasukkan pada minit ke-63 bagi menggantikan Belhanda. Kurang berkesan akibat Sepanyol lebih menguasai bola pada babak kedua.

Berjaya membuka peluang kepada gol kedua Maghribi menerusi sepakan sudut yang dilakukannya.

Youssef En-Nesyri – 7.0

Dimasukkan pada minit ke-71 dan berjaya menjaringkan gol kedua buat Maghribi menerusi tandukan.

Aziz Bouhaddouz – 5.0

Hanya dimasukkan pada minit ke-85. Tidak banyak yang mampu dibuktikannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN