Previu: 2 Pasukan Lengkap, Perancis & Belgium Bertarung Cari Tempat Di Perlawanan Akhir

Gelanggang bagi aksi separuh akhir Piala Dunia 2018 dibuka dengan aksi cukup menarik melibatkan Perancis dan juga Belgium.

Kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang beraksi dengan cukup cemerlang di kejohanan ini apabila kedua-dua pasukan ini dilihat tiada masalah untuk menjaringkan gol dalam mana-mana perlawanan.

Lengkap

Pertemuan ini pastinya menarik buat kita semua kerana apa yang menarik mengenai kedua-dua pasukan ini dilihat lengkap dari segala aspek di segenap posisi.

Pertembungan menarik pastinya akan disaksikan di bahagian tengah apabila barisan tengah Perancis yang diketuai oleh Paul Pogba dan juga N’Golo Kante pastinya akan ditentang hebat oleh Maraoune Fellaini dan juga Axel Witsel.

Selain pertembungan menarik di bahagian tengah, barisan serangan juga menjanjikan jaringan gol dari kedua-dua pasukan.

Romelu Lukaku dan Eden Hazard bakal menjadi taruhan untuk mendapatkan jaringan gol buat Belgium sambil dibantu oleh Kevin De Bryune dan juga pemain lain.

Bagi Perancis pula, Kylian Mbappe dan juga Antoine Griezmann pastinya menjadi sasaran para pertahanan Belgium untuk memastikan 2 pemain tersebut ‘senyap’ dan tidak akan melakukan hal besar perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Untuk pemain tumpuan kali ini, penulis mensasarkan untuk melihat peranan yang dibawa oleh Kevin De Bruyne.

Beliau yang bermain dengan cukup baik ketika perlawanan suku akhir ketika menentang Brazil, memberikan sumber kreatif kepada negaranya ketika bermain di posisi penyerang tengah dalam sistem 4-3-3.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 18, 2018: Belgiums Dries Mertens, Kevin De Bruyne, and Panamas Edrick Davis (L-R) in their 2018 FIFA World Cup Group G Round 1 match at Fisht Olympic Stadium in Sochi. Sergei Fadeichev/TASS (Photo by Sergei FadeichevTASS via Getty Images)

Dalam perlawanan itu, beliau telah melakukan 3 hantaran penting untuk memberikan Belgium peluang menjaringkan gol.

Satu gol yang dicatatkan beliau dalam perlawanan yang lalu menunjukkan yang beliau merupakan pemain yang cukup berpotensi untuk menjaringkan gol.

Untuk Perancis, penulis mahu melihat Antoine Griezmann sebagai pemain tumpuan.

Pemain yang cukup hebat dan beraksi pula di separuh akhir menyaksikan inilah pentas untuk pemain seperti beliau.

Pengaruh beliau dalam skuad Perancis cukup besar, beliau telah menjaringkan 1 gol dan juga 1 bantuan gol ketika kemenangan menentang Uruguay.

Beliau dijangka akan diletakkan di posisi bermain di belakang Olivier Giroud sebagai pemain tengah menyerang.

NIZHNY NOVGOROD, RUSSIA – JULY 06: Fernando Muslera of Uruguay fumbles the ball as Antoine Griezmann of France scores his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Quarter Final match between Uruguay and France at Nizhny Novgorod Stadium on July 6, 2018 in Nizhny Novgorod, Russia. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images) *** Local Caption *** Fernando Muslera

Jika benar, jangkakan beliau akan beraksi seperti ketika menentang Uruguay tempoh hari.

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini cukup menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan merupakan calon pilihan untuk juara.

Namun hanya satu sahaja yang akan layak ke pusingan akhir untuk bertemu sama ada Croatia atau England.

Siapa pilihan anda? Semoga berjaya untuk kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN