Preview & Ramalan Playoff Selangor Champions League 2017: Matchweek 2

Aksi playoff Selangor Champions League 2017 (SCL2017) bakal bersambung esok selepas 3 perlawanan menarik yang berlangsung pada matchweek 1 lepas.

3 perlawanan ini akan berlangsung esok di Padang Bola Sepak Johan Setia, Klang, Selangor.

Dalam aksi kumpulan A, Qharma FC akan menentang Condoh FC. SA United dan AZS FC pula akan meneruskan aksi kumpulan B. Manakala FC Serayan akan menguji pendatang baru kejohanan, Real Mawar dalam kumpulan C.

1. Aizat (Armada Bola)

SA United vs AZS CS 

SA United pastinya akan meneruskan momentum kemenangan mereka bagi mencerahkan peluang mereka ke pusingan akhir SCL 2017.

Tapi AZS bukan pasukan mudah. Dan mereka juga memiliki barisan pemain yang baik, dan masih belum tewas 3 perlawanan mereka di KVL Cyberjaya setakat ini. Sesuatu perlawanan yang sengit untuk kedua pasukan.

Ramalan keputusan: SA Utd 2 – 2 AZS

FC Serayan vs Real Mawar
 
Serayan yang tewas pada pertemuan lalu ingin kembali bangkit dan mencerahkan peluang mereka ke pusingan akhir SCL 2017.

Real Mawar, juga pastinya tidak mahu mengaku kalah, dan meletakkan sasaran 3 mata penuh untuk membuka peluang mereka. Saya anggarkan perlawanan ini sebagai perlawanan penentuan kali ini.

Maaf Real Mawar, saya letakkan Serayan menang tipis.

Ramalan keputusan: Serayan 1 – 0 Real Mawar

Qharma FC vs Condoh FC

Qharma dan Condoh dua-dua baik, terutamanya jentera serangan mereka. Tapi Condoh pastinya menurunkan barisan pemain handalan mereka dalam memungut 3 mata untuk minggu ini.

Saya merasakan perlawanan ini juga seri kerana pertemuan ini diibaratkan seperti buku bertemu ruas. Condoh perlu meletakkan kawalan lebih kepada Sainul Hodairi.

Qharma juga perlu lebih peka dalam mengawal Amirul Aswad. Ibarat El-Classico, Messi bertemu Ronaldo.

Ramalan keputusan: Qharma 1 – 1 Condoh

2. Muzammil (Semuanya BOLA)

SA United vs AZS FC

AZS FC hadir ke playoff SCL2017 dengan reputasi sebagai pasukan tangga ke-3 KVL Cyberjaya. Pemain-pemain mereka berpengalaman luas dalam arena bola sepak amatur di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi.

Tetapi menentang SA United, mereka memerlukan lebih dari sekadar pengalaman.
SA United membuktikan kelas mereka pada matchweek 1 apabila bangkit menjaringkan 5 gol pada separuh masa kedua untuk menewaskan SKJ SC 5-2.

Gandingan import mereka, Khairi Yousef dan Mohamed Ahmed di jentera tengah adalah sesuatu yang perlu dikawal oleh AZS jika mahu menang.

Ramalan keputusan: SA United 3-0 AZS FC

FC Serayan vs Real Mawar

Real Mawar yang masuk menggantikan ZXiV FC pada saat-saat terakhir merupakan naib johan Liga Munro Setia Alam 2017.

Kini sedang mengharungi aksi Futbola Super League Setia Alam pula, pasukan dari Puchong ini perlu menajamkan jentera serangan mereka yang tumpul ketika kekalahan pada aksi Futbola Super League Setia Alam minggu lepas.

FC Serayan pula, meskipun dijangka tewas menentang PIB FC pada minggu lepas, tidak mengalah mudah. Mereka sempat menjaringkan 2 gol menentang barisan pertahanan PIB yang terkenal dengan kekukuhan mereka.

Menentang Real Mawar, ini adalah peluang bagi FC Serayan untuk menghidupkan semula peluang mereka layak ke SCL2017.

Ramalan keputusan: FC Serayan 2-1 Real Mawar

Qharma FC vs Condoh FC

Qharma FC mudah menewaskan Rasta Tigers 3-0 pada matchweek 1 minggu lepas hasil aksi cemerlang Sainol Hodairi di depan gol. Bagaimanapun pada minggu ini, lawan mereka – Condoh FC – bakal memberi cabaran lebih kompetitif.

Hadir dengan reputasi sebagai 4 pasukan teratas Kota Damansara Premier League, Condoh FC juga terkenal dengan permainan menyerang mereka. Pertahanan Qharma perlu mengekang 2 penyerang Condoh, Faizz Abas dan Affendi Amir.

Ramalan keputusan: Qharma 2-2 Condoh FC

3. Nabil (Sportseeker)

SA United vs AZS FC

AZS adalah pasukan yang patut digeruni, yang berjaya meraih tangga ke-3 di dalam KV League Cyberjaya musim lalu. AZS memiliki sedikit kelebihan masa untuk bersedia untuk perlawanan minggu ini.

Walau bagaimanapun, SA United sudah tentu ingin melayakkan diri terus dengan menewaskan AZS beserta momentum kemenangan mereka minggu lalu. Kalau man of the match SA United, Khairi Yousef bermain seperti minggu lalu, kemenangan dalam tangan SA United.

Ramalan keputusan: SA United 2-0 AZS FC

FC Serayan vs Real Mawar

Real Mawar adalah surprise package minggu ini apabila dipilih untuk menyertai SCL2017 playoffs pada saat-saat akhir untuk menggantikan ZXiV yang menarik diri. Real Mawar berjaya menduduki tangga ke-3 di Liga Munro Setia Alam, satu pencapaian yang hebat.

Namun, FC Serayan akan cuba untuk mendapatkan kemenangan pertama untuk terus mengejar qualification. Serayan might have the edge kerana mungkin lebih bersedia.

Ramalan keputusan: FC Serayan 2-0 Real Mawar

Qharma FC vs Condoh FC

Qharma vs Condoh adalah satu game yang sangat menarik. Pada pendapat saya ini game of the week. kedua-dua memiliki penyerang yang lethal dan berbisa.

Kelebihan saya berikan pada Qharma yang telah bermain di padang Johan Setia ini minggu lalu dan mempunyai momentum kemenangan yang tinggi setelah menewaskan Rasta Tigers 3-0.

Ramalan keputusan: Qharma 2-0 Condoh FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN