Bagi penulis, Scottish Premiership musim ini sangat mengujakan!
Mana tidaknya, dua gergasi bola sepak Scotland iaitu Celtic dan Rangers kembali bertemu di divisyen tertinggi bola sepak Scotland selepas 4 tahun yang lalu.
Jadi secara automatiknya tumpuan dunia akan terarah kepada perlawanan Old Firm Derby setiap kali ia berlangsung.
Jadi untuk artikel ini pembaca akan disediakan sedikit preview sebelum perlawanan ini berlangsung.
Rekod pertemuan
Walaupun Rangers tiada di Scottish Premiership selama 4 tahun namun ia tidak menghalang dua kelab Old Firm ini daripada bertemu.
3 perlawanan terakhir yang antara Celtic dan Rangers dilangsungkan dalam 3 kejohanan yang berbeza:
- Scottish Premiership (29 April 2012)
- Scottish League Cup (1 Februari 2015)
- Scottish Cup (17 April 2016)
3 perlawanan terakhir ini memihak Celtic dengan memenangi 2 perlawanan – aksi Scottish Premiership dan Scottish League Cup.
Celtic menang 3-0 di perlawanan Scottish Premiership dan menang 2-0 pada aksi Scottish League Cup.
Manakala perlawanan di Scottish Cup (gambar atas) berakhir dengan seri 2-2 walaupun Rangers kemudiannya menang menerusi sepakan penalti.
Prestasi semasa liga
Kesemua 10 pasukan sudah bermain 4 perlawanan. Hanya Celtic dan Partick Thistle sahaja yang belum bermain 4 perlawanan selepas perlawanan antara mereka ditangguh.
Dari 3 perlawanan, Celtic merekodkan rekod kemenangan 100% dengan menjaringkan 10 gol dan hanya bolos 4 sahaja.
10 gol Celtic dihasilkan oleh 5 pemain yang berbeza:
- James Forrest & Scott Sinclair (3 gol)
- Leigh Griffiths (2 gol)
- Tom Rogic & Ryan Christie (1 gol)
Manakala Rangers pula mencatatkan rekod 67% daripada 4 perlawanan mereka. Dengan 2 kemenangan dan 2 seri.
Dengan menjaringkan 6 gol dan bolos 4, 2 kemenangan Rangers semuanya adalah kemenangan tipis.
Dari 4 perlawanan 6 gol Rangers dijaringkan oleh 4 pemain berbeza:
- Harry Forrester & Kenny Miller (2 gol)
- Martyn Waghorn & James Tavenier (1 gol)
Walaupun Celtic kekurangan 1 perlawanan, tetapi mereka tetap menjadi pendahulu liga dengan 9 mata.
Manakala Rangers ditangga kedua liga dengan 8 mata. Jadi kemenangan di Celtic Park adalah sungguh bermakna buat Rangers.
Formasi digunakan
Brendan Rodgers menggunakan 2 formasi berbeza ketika menentang 3 lawan yang berbeza dalam aksi liga:
- 4-4-2 ketika menentang Hearts
- 4-2-3-1 ketika menentang St. Johnstone & Aberdeen
Namun apa yang tidak berubah dalam formasi Celtic adalah Rodgers tetap akan menjadikan Leigh Griffiths sebagai penyerang utama sama ada bermain 1 penyerang atau 2 penyerang.
Namun dengan kecederaan Griffiths yang masih belum pulih, kemungkinan besar beliau tidak akan diturunkan.
Oleh itu tempatnya mungkin akan diisi oleh Moussa Dembele (gambar bawah).
Begitu juga dibahagian pertahanan tengah apabila Rodgers lebih selesa menggunakan gandingan Kolo Toure dan pertahanan muda iaitu Eoghan O’Conell.
Cuma pada perlawanan menentang Aberdeen sahaja apabila Erik Sviatchenko menggantikan O’Conell.
Bagi Rangers pula, pengurus Mark Warbuton tidak kerap menukar formasi pasukan dengan hanya menggunakan formasi 4-3-3 sahaja.
Warburton meletakkan Kenny Miller sebagai penyerang utama sementara Barrie Mckay dan Martyn Waghorn akan membantu penyerang veteran itu di hadapan.
Di bahagian tengah, Joey Barton dan Jordan Rossiter menjadi muka tetap sementara Andy Halliday atau Harry Forrester akan menjadi pemain ke-3 di bahagian tengah.
Warbuton gemar menggunakan gandingan Danny Wilson-Lee Wallace-Rob Kiernan-James Tavenier di bahagian pertahanan.
Cuma kadangkala Warbuton akan menukarkan tempat Wilson dengan Tavenier dan Clint Hill akan menggantikan Wallace apabila diperlukan.
Pemain tumpuan
Celtic: Scott Sinclair
Sepatutnya pemain tumpuan untuk Celtic adalah Leigh Griffiths tetapi kerana beliau menghadapi kecederaan maka Scott Sinclair akan menjadi tumpuan utama bagi Celtic.
Karier pemain ini nampaknya mula kembali ke jalan yang sepatutnya apabila dan menyertai Celtic dan memberikan impak segera dengan menjaringkan 3 gol daripada 3 perlawanan!
Ranger: James Tavernier
Pertahanan kanan Rangers ini merupakan pakar bola mati terbaik di Scottish Premiership ketika ini.
Menjaringkan 11 gol pada musim lalu ketika di Scottish Championship. Ia merupakan satu rekod jaringan yang baik untuk seorang pertahanan kanan.
Beliau juga baru sahaja memenangi anugerah gol terbaik bulanan bagi bulan Ogos. Anda boleh tonton gol tersebut di sini.
Isu luar padang
Sejak sebelum Scottish Premiership bermula lagi, dua seteru utama ini sudah pun berperang di luar padang.
Ia bermula apabila kapten Celtic, Scott Brown mengatakan bahawa Aberdeen merupakan ancaman terbesar mereka dalam saingan liga.
Namun Jordan Rossiter memberikan respon dimana beliau dan rakan sepasukan langsung tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Brown.
Namun selepas itu Joey Barton pula melakukan serangan ke atas Celtic.
Pada mulanya Barton mengatakan Brown bukanlah pemain yang ‘tidak setaraf’ dengannya.
Selepas itu Barton mengatakan Celtic melakukan kesilapan menyatakan pelantikan Rodgers sebagai pengurus Celtic sebagai ‘merugikan’.
“Saya cuma berlaku realistik sahaja, jika Rodgers tidak pernah menang apa-apa. Beliau tak akan menang apa-apa.”
Kesimpulan
Perlawanan yang bakal berlangsung di Celtic Park ini teramat penting bagi kedua-dua pasukan.
Jika Rangers menang, mereka akan naik ke tangga teratas Scottish Premiership.
Begitu juga untuk Celtic, malah ia akan menjadi tonik tambahan untuk mereka menghadapi Barcelona pada pertengahan minggu hadapan.
Old Firm Derby berlangsung pada Sabtu (10 September 2016) jam 7.00 malam waktu Malaysia.
Jadi Celtic atau Rangers pilihan anda? Anda tentukan!
Baca juga: Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?