It’s that time of the year again. Manchester United menentang musuh North-West mereka, Liverpool. Pertembungan dua pasukan ini mempunyai pengikut yang ramai kerana dua kelab inilah yang mempunyai jumlah peminat paling besar di Malaysia.
Permusuhan antara Man Utd dan Liverpool sentiasa menarik, penuh dengan drama dan menghiburkan. Cuma pada kali ini kami amat meragui perlawanan malam ini akan jadi menarik kerana:
a. Penyerang Liverpool tak boleh score ketika ini.
b. Peluang gol yang dicipta oleh pemain Man Utd ketika ini sangat sedikit dan sangat rare.
Quick history lesson. Bagaimana Man Utd dan Liverpool boleh bermusuh? Mereka tak berjiran pun
Permusuhan Manchester United dan Liverpool bermula sejak Revolusi Industri di Empayar British lagi. Pada ketika itu, bandar Manchester yang terkenal dengan industri tekstil selalu menerima bahan mentah tekstil yang akan tiba di bandar Liverpool dahulu sebelum dihantar ke Manchester melalui kereta api.
Isu timbul apabila kapal-kapal bahan mentah tekstil menghadapi kesukaran untuk berlabuh di Liverpool kerana kerosakan laluan sungai di Mersey dan Irwell. Penduduk Salford di Manchester mencadangkan agar sebuah terusan dibina supaya kapal-kapal yang menghantar bahan mentah tekstil boleh berlabuh terus di bandar Manchester.
Akhirnya terusan Manchester Ship dibina dan ini menyebabkan ramai penduduk Liverpool yang bekerja di syarikat pelabuhan sungai Mersey dan syarikat kereta api kehilangan kerja. Mereka tak suka penduduk Manchester sudah boleh hidup tanpa mereka. Kebencian ini berlanjutan ke padang bola dan sejak itu, orang Liverpool dan Manchester benci sesama sendiri.
Apa perkara yang perlu saya tahu sebelum menonton perlawanan Man Utd vs Liverpool malam ini?
- Ini adalah perlawanan ke-191 antara mereka. Manchester United sudah menang 75 kali, 51 perlawanan berkesudahan seri dan Liverpool sudah menang 64 kali. Rekod jaringan gol? Man Utd 261-245 Liverpool. Tight.
- Robin van Persie dah menjaringkan 6 gol daripada 9 pertemuan liga menentang Liverpool. Clinical.
- Steven Gerrard merupakan penjaring terbanyak dari semua pasukan yang berkunjung ke Old Trafford dengan 5 gol. 4 penalti dan 1 sepakan percuma. Specialist.
- Martin Škrtel sudah menerima 4 kad kuning. Satu lagi kad kuning bererti Kolo Toure akan turun menentang Arsenal pada 22 Desember. Careful.
- Dalam sejarah liga, hanya perlawanan Everton vs Liverpool (20) yang mencatat lebih banyak kad merah dari pertemuan Liverpool vs Manchester United (15). Oooh..saucy!
Bagaimana prestasi Man Utd ketika ini?
10 perlawanan lepas: WWDDLWWWWW.
Hmm…boleh tahan. Mereka menang menentang Arsenal, Stoke City dan Southampton tetapi mereka perlu berterima kasih kepada David de Gea yang cekap dan barisan penyerang mereka yang tajam kerana United kelihatan sukar mencipta peluang gol dalam permainan terbuka. God must be on their side.
Mengapa Man Utd sukar mencipta peluang gol?
Walaupun mereka selalu menguasai perlawanan dengan penguasaan bola yang tinggi (terutamanya perlawanan di Old Trafford), United sekarang bukan seperti dahulu. Dahulu mereka dikenali sebagai pasukan yang berbahaya kerana transisi antara bertahan kepada menyerang mereka sangat laju. Belum pun pemain pertahanan pasukan lawan menyusun barisan mereka, United sudah bersedia untuk crossing dan sudah mempunyai 2-3 pemain menunggu di kotak penalti.
Di bawah van Gaal, United lebih perlahan menyusun serangan. Terutamanya ketika Angel di Maria tidak bermain. Tiada lagi hantaran 50 yards dari bahagian tengah ke bahagian sayap seperti yang biasa Paul Scholes dan Wayne Rooney lakukan.
Mereka lebih sabar dan lebih mengutamakan hantaran pendek. Akibatnya, transisi United dari bertahan kepada menyerang menjadi perlahan dan pertahanan lawan mempunyai lebih banyak masa untuk menyusun organisasi barisan mereka. Dengan mengutamakan hantaran pendek, United lebih mendominasi penguasaan bola tetapi mereka sukar mencipta peluang gol.
Semasa menentang Stoke City, United hanya mencipta 6 peluang gol di kawasan final third. Semasa menentang Southampton? 3 peluang gol sahaja. Tetapi mereka masih menang. Unbelievable. 3 peluang gol adalah rekod jumlah peluang gol paling rendah yang dicatat oleh pasukan yang menang di Premier League.
Persoalannya, Barcelona juga bermain dengan hantaran pendek. Begitu juga Bayern Munich. Bagaimana mereka boleh mencipta banyak peluang gol?
Untuk mencipta peluang gol menggunakan hantaran pendek, anda perlukan dribbler yang bagus dalam pasukan anda. Dribbler ini bertindak seperti magnet yang menarik besi. Setiap kali dribbler membawa bola dengan larian mereka, pertahanan akan keluar dari posisi mereka untuk merampas bola. Posisi yang ditinggalkan oleh pertahanan tersebut akan membuka ruang kepada pemain lain untuk dieksploit. Lalu peluang jaringan boleh dicipta.
Barcelona mempunyai Lionel Messi. Bayern Munich mempunyai Arjen Robben. Chelsea mempunyai Eden Hazard. Manchester United mempunyai Angel di Maria. Tanpa di Maria, United tiada dribbler. Mata bukan seorang dribbler. Rooney bukan seorang dribbler. Apatah lagi Robin van Persie atau Falcao. Alternatif mereka adalah Adnan Januzaj – tetapi Januzaj belum pernah bermain dalam sistem 4-4-2 diamond United.
Bagaimana pula dengan prestasi Liverpool?
10 perlawanan lepas: WLLLLDWWDD
Pemergian Luis Suarez dan kecederaan Daniel Sturridge betul-betul mencacatkan Liverpool. Separuh pertama musim liga Liverpool boleh dianggap sebagai bencana jika dibandingkan dengan musim liga tahun lepas.
Mengapa Liverpool sukar menjaringkan gol ketika ini?
Mudah. Kerana mereka belum menjumpai pengganti Luis Suarez dan Daniel Sturridge. Pemain midfield Liverpool sudah menajlankan tugas yang baik mencipta peluang demi peluang, tetapi setakat ini Mario Balotelli dan Rickie Lambert belum layak dipanggil sebagai pengganti Suarez dan Sturridge.
Situasi menjadi lebih buruk apabila prestasi Dejan Lovren merudum dan persembahan Simon Mignolet mengundang kritikan Brendan Rodgers. You know it’s bad when Gary Neville, a pundit who never played as a goalkeeper in his career ripped you apart on television.
Liverpool bernasib baik kerana mempunyai pemain midfield yang boleh menjaringkan gol dalam kemenangan mereka ke atas Stoke City dan Leicester City.
Adakah perlawanan ini akan menjadi permulaan bagi Rickie Lambert untuk menjaringkan gol secara konsisten? Siapakah yang akan mengambil tanggungjawab sebagai dribbler aka chief creator daripada Angel di Maria? Siapa yang akan menjaringkan gol? Siapa yang akan dibuang padang? Beritahu kami di ruang komen!