Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Malaysia 4-2 Vietnam : Perubahan Taktikal Dollah Salleh Yang Mungkin Anda Tak Perasan.

Benarlah kata orang; penyerang yang bagus memberi anda kemenangan, pertahanan yang bagus memberikan anda kejuaraan (good strikers win you a game, good defenders win you a title).

Disebalik permainan kemas Vietnam yang mendominasi perlawanan – terutamanya ketika separuh masa kedua – dan mencipta peluang demi peluang, Vietnam pulang dengan tangan kosong. Perlawanan ini mengingatkan kami kepada perlawanan persahabatan antara Vietnam dan Palestin pada Oktober yang lepas. Vietnam menguasai perlawanan, mencipta peluang demi peluang tetapi gagal bertahan dengan baik dan gagal menyudahkan peluang yang mereka cipta. Mereka kalah 3-1 kepada Palestin.

Nasib tidak menyebelahi Vietnam? Kami tak rasa begitu. Inilah kelemahan Vietnam yang sudah kami tulis sebelum bermulanya kejohanan AFF Suzuki 2014.


Toshiya Miura mengekalkan 11 pemain sama yang menang di Shah Alam

Setelah menang 2-1 di Stadium Shah Alam (baca ulasan kami), objektif Vietnam dalam perlawanan ini adalah mudah. Mereka hanya perlu mengelak daripada bolos 2 gol. Vietnam turun dengan 11 pemain sama yang menang 2-1 di Shah Alam. Mereka bermain dalam formasi yang sama. Strategi taktikal yang sama.


Dollah Salleh membuat kejutan. Sekali lagi.

cong1

Satu aspek berbeza yang ketara antara Dollah Salleh dengan bekas pengendali Harimau Malaya, K. Rajagobal adalah keberanian Dollah Salleh bereksperimen dengan pilihan pemain yang beliau ada.

Dalam perlawanan ini, Malaysia turun dengan 5 muka baru termasuk Shukor Adan dan Amri Yahyah yang digantung perlawanan di Shah Alam. Badhri Razi ‘Piya’ dan Indra Putra Mahyudin diturunkan untuk memuaskan hati rakyat Malaysia yang kepinginkan perubahan. Cuma agak mengejutkan apabila Dollah Salleh menggugurkan Khairul Fahmi Che Mat – penjaga gol dengan jumlah save paling banyak di AFF Suzuki 2014 – dengan Farizal Marlias yang membuat kesilapan di tempat dan lawan yang sama semasa perlawanan persahabatan dengan Vietnam sebelum AFF Suzuki 2014 bermula.


Mengapa serangan 4-4-2 Vietnam sukar dikekang oleh Malaysia

Mengulangi strategi sama di Shah Alam, Vietnam bermula dengan winger berkaki kiri, Luong Thanh Pham di sayap kanan. Setiap kali beliau mendapat bola, Nguyen van Quyet akan membuat larian off channel untuk menarik pemain yang merantainya (selalunya Fadhli Shas) keluar dari posisi mereka. Vietnam bertahan dalam formasi 4-4-2, tetapi menyerang dalam formasi 4-3-3.

Posisi Vietnam ketika bertahan / tidak memegang bola

Vietnam - Football tactics and formations

Posisi Vietnam ketika menyerang / memegang bola

Vietnam - Football tactics and formations

Pergerakan dan larian off channel van Quyet banyak menimbulkan masalah kepada pertahanan Malaysia. Dollah secara jelas memberi arahan marking van Guyet kepada Fadhli Shas kerana Fadhli sentiasa mengikut larian van Quyet. Demonstrasi taktikal serangan Vietnam boleh dilihat seperti di bawah:

cong2

cong3

cong4

cong5

cong6

Gabungan larian off channel van Quyet dan larian cut inside Thanh Pham benar-benar menjadi duri dalam daging buat benteng negara. Pemain kita terpaksa berkampung di kubu sendiri (deep defending) untuk meminimimakan ruang yang boleh dieksploit oleh larian van Quyet dan Thanh Pham.


Kali pertama Dollah menamakan dua playmaker tengah dalam kesebelasan utama

Dalam misi mencari gol, Dollah menagih kreativiti Safiq dan Piya (dua midfield playmaker) di tengah. Inilah kali pertama Dollah menggandingkan dua playmaker dalam kesebelasan utama selepas mencuba gandingan playmaker (Safiq) dengan ball-winning midfielder (Gary, Shukor) dan box-to-box midfielder (Hafiz Kamal).

Dalam gandingan Safiq-Piya, Safiq bertindak lebih defensif. Pada perlawanan semalam, Safiq mencatatkan 7 tackle yang berjaya; paling tertinggi dalam perlawanan semalam. Satu pencapaian yang bagus jika diambil faktor yang Safiq sebenarnya bukanlah seorang defensive midfielder yang asli.

cong7


3 gol kita terhasil kerana counter attack (dan kesilapan benteng Vietnam)

Melainkan gol sepakan sudut Shukor Adan, tiga gol kita terhasil daripada gabungan direct pass dan transisi pantas dari bertahan kepada menyerang.

Perhatikan gol pertama:

cong8

Gol kedua:

cong9

Gol ketiga:

cong10

Bila kami imbas kembali gol ke-1 dan ke-2 Malaysia ketika menentang Singapura, ia juga berpunca daripada direct pass (baca ulasan kami).

Jelas Dollah Salleh sengaja menyuruh anak buahnya supaya berkampung di kubu sendiri sebelum melancarkan serangan kilat melalui direct pass dari midfield.

Ini bermakna Malaysia sentiasa mengutamakan pertahanan daripada menyerang. Senjata utama serangan kita adalah transisi pantas dari bertahan kepada menyerang melalui direct pass. Cuma untuk bermain dalam strategi ini, pemain tengah dan pertahanan tengah perlu sentiasa berkomunikasi untuk meminimumkan ruang antara mereka supaya pertahanan kukuh.


Pertukaran pemain Dollah hanya menaikkan tekanan pemain

Sumber: AFF Suzuki Official Website

Sumber: AFF Suzuki Official Website

Selepas Vietnam menjaringkan gol kedua mereka menerusi rembatan Le Cong Vinh yang melepasi kawalan Shukor Adan dan Fadhli Shas, Dollah memasukkan Muslim Ahmad dan Afif Amiruddin untuk menggantikan Indra dan Mat Yo.

Bertahan dengan 4 centre backs (Shukor, Fadhli, Muslim dan Afif) dan 2 full backs (Kunanlan dan Zubir) mungkin kedengaran logik, tetapi sebenarnya tindakan Dollah itu hanya mengundang tekanan demi tekanan kepada barisan pertahanan dan midfield yang mungkin akan menghasilkan gol juga jika masa menyebelahi Vietnam.

Setiap bola yang dapat dikeluarkan dari kotak penalti Malaysia dapat di kutip semula oleh midfield Vietnam sebelum mereka melancarkan siri serangan yang mencabar jantung peminat Malaysia.

Kesimpulan

Malaysia membuktikan sekali lagi mereka boleh menang walaupun corak permainan mereka tidak akan menjadi pujaan peminat bola sepak cantik. Tetapi bola sepak cantik tidak menjanjikan kemenangan. Tak percaya, tanyalah Vietnam dan kelab Inggeris yang mempunyai akademi pemain muda di negara mereka, Arsenal.