Prestasi Trio ‘ABC’ Kembali Lonjak Kedudukan Pulau Pinang

Pulau Pinang, Aguero, Battaro, Casagrande

Pulau Pinang pastinya kembali boleh menarik nafas lega apabila percaturan menukar beberapa pemain tempatan dan import dalam jendela perpindahan kedua ketika ini semakin membuahkan hasil.

Pulau Pinang pernah bergelut pada awal musim lalu apabila berada di kelompok bawahan liga sebelum kembali memperbaiki prestasi sejak akhir-akhir ini dan kini buat pertama kali mereka berada di kedudukan ke-7 Liga Premier Malaysia (MPL) 2019.

Pengendali sebelum ini, Ahmad Yusoff telah ‘direhatkan’ oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sejak awal Mac lalu atas prestasi pasukan yang kurang memberangsangkan.

Dan akhirnya pada pertengahan April yang lalu, Harimau Kumbang telah mendapatkan semula khidmat Manzoor Azwira Abd Wahid sebagai pengendali baharu skuad Pulau Mutiara itu.

Untuk rekod, Manzoor Azwira pernah membimbing skuad Piala Presiden Pulau Pinang sebelum ini dan juga pernah menjadi penolong ketua jurulatih serta pengendali sementara Pulau Pinang.

Selepas mengambil alih, Manzoor Azwira telah mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan. Dan kemenangan pula kembali diraih hanya setelah jendela perpindahan kedua dibuka dengan beberapa perubahan pemain telah dibuat olehnya.

Enam pemain telah digugurkan termasuk dua import dan enam pemain baharu telah dibawa masuk untuk mengukuhkan pasukan iaitu penjaga gawang Zamir Selamat, Syukur Saidin, Wan Mohd Syukri, Ezequiel Aguero, A. Yoges dan Anselmo Casagrande.

Menurut posting laman Facebook rasmi FAP, kemasukkan dua pemain import baharu iaitu Aguero dan Casagrande itu telah membantu pasukan meledak enam gol dalam dua aksi – menang 4-1 ke atas Kelantan dan 2-0 ke atas pendahulu liga, JDT II.

Gandingan bersama seorang lagi pemain import sedia ada, Julian Bottaro menjadikan jentera serangan Harimau Kumbang kembali bernafsu kerana sebelum itu, purata gol mereka hanyalah 0.9 gol per perlawanan – antara yang terendah bersama UKM FC.

Selain itu, kebangkitan prestasi kapten, Kang Seung Jo turut mendapat perhatian FAP setelah Manzoor Azwira mengembalikan posisinya di jentera tengah berbanding ‘terpaksa’ beraksi sebagai benteng pertahanan sejak awal musim yang lalu.

Pulau Pinang akan turun menentang Sabah pada Sabtu ini dalam misi mahu merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dan turut berpeluang untuk naik satu lagi anak tangga liga kerana PDRM FA tidak beraksi pada perlawanan minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN