Prestasi Semasa Darren Lok Mampu Buat Kim Pan-gon Terus Gembira

Nama penyerang kebangsaan negara iaitu Darren Lok terus mencuri tumpuan kini, selepas ketajaman beliau dibuktikan sekali lagi dalam saingan AFC 2023 bersama Sabah selepas mengharungi dua perlawanan.

Terbaharu, Darren berjaya menjadikan gergasi Indonesia iaitu PSM Makassar sebagai mangsa ketajamannya menerusi dua gol peribadi diledak penyerang tersebut buat Sabah.

Untuk saingan AFC sahaja, Darren sudah pun meledak empat gol secara keseluruhan walaupun baru beraksi dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan sahaja.

Pada perlawanan tersebut, Sabah berjaya mencipta kemenangan besar 5-0 hasil dua jaringan daripada penyerang berbisa negara iaitu Darren, Gabriel Peres, Stuart Wilkin, serta pemain sayap lincah, Farhan Roslan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Sabah kini unggul di carta Kumpulan Kumpulan H bersama 6 mata dikumpul serta sudah merekodkan lapan jaringan.

Terdahulu, penyerang bertubuh tegap ini juga sudah pun meledak dua gol untuk aksi pembukaan AFC ketika Sabah mencatat kemenangan dalam aksi mereka menentang Hougang United dari Singapura.

Prestasi semasa Darren kini sudah tentu memberi kegembiraan buat pengendali negara iaitu Kim Pan-gon untuk meletakkan beliau selaku sandaran utama Harimau Malaya di posisi serangan.

Musim ini sahaja menyaksikan Darren sudah pun meledak 10 gol dalam semua saingan disertai beliau bersama Sabah selain turut merekodkan dua bantuan jaringan bersama The Rhinos.

Walaupun Sabah diwakili oleh barisan import handalan seperti Ramon Machado, Gabriel Peres, serta Saddil Ramdani, ianya tidak menghalang untuk Darren menampilkan momentum positif pada musim pertama beliau bersama pasukan tersebut.

Kelebihan Darren dari segi kekuatan fizikal serta penyudah yang berbisa di hadapan gol menjadikan beliau selaku aset penting sejak beberapa musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pengaruh positif Darren bukan sahaja tertakluk kepada ketajaman beliau di hadapan gol, tetapi pemain ini juga bijak mencipta kombinasi berbisa bersama rakan sepasukan lain untuk menghasilkan jaringan.

Darren yang kini turut disenaraikan bersama skuad kebangsaan untuk aksi Pestabola Merdeka, pastinya kini tidak sabar untuk membuka akaun jaringan seterusnya buat Harimau Malaya.

Apapun, ketika ini tidak dapat dinafikan hanya Darren satu-satunya penyerang tempatan paling berbisa dimiliki negara dan khidmat beliau sudah hampir pasti akan kekal bersama Harimau Malaya untuk saingan Piala Asia tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN