Chelsea mengambil keputusan untuk tidak akan memecat Graham Potter dalam masa terdekat walaupun pengurus itu sedang mengalami masalah untuk mengembalikan kehebatan pasukan itu.
Sebaliknya, Chelsea akan terus bersama-sama Potter untuk memberikan sokongan agar pengurus tersebut akan akhirnya berjaya menguatkan kembali The Blues.
Buat masa sekarang, Chelsea sedang menduduki tangga kesembilan Premier League dengan mereka terus dikecam kerana gagal menewaskan West Ham United tempoh hari.
Menurut laporan Goal, pengurusan tertinggi Chelsea kini bersedia untuk memberikan peluang dengan masa yang panjang untuk Potter memperbaik apa yang kurang dalam skuadnya.
Masa yang panjang diberikan kerana mungkin Chelsea sudah pun membantu Potter untuk mendapatkan kesemua pemain yang diperlukan. Yang tinggal kini hanyalah percubaan untuk menjadikan skuad yang terdiri daripada pemain yang sudah dibeli.
Kira cincai saja
Pengurusan tertinggi Chelsea memilih untuk menutup sebelah mata sahaja mengenai prestasi Potter pada musim ini.
Walaupun beliau sedang menghadapi tugas sukar berhadapan misi mengejar kedudukan empat terbaik Premier League sambil akan berdepan Borussia Dortmund dalam UEFA Champions League, pengurusan Chelsea hanya akan menilai prestasi Potter bermula musim hadapan.
Namun begitu, tidak tolak kemungkinan berlaku peluang Potter dipecat jika tren kekalahan berterusan dengan Chelsea semakin menurun dalam carta liga.
Selain itu, jika tidak ada tanda-tanda perubahan dalam corak permainan juga akan membolehkan tempoh masanya di London akan berakhir secara pra-matang.