Masih Belum Cipta Sebarang Penampilan, Adakah Elkan Baggott Buat Pilihan Tepat Sertai Cheltenham Town?

Pemain pertahanan bintang Indonesia iaitu Elkan Baggott secara rasminya menyertai pasukan baharu beliau pada tahun ini, Cheltenham Town secara status pinjaman.

Selepas menikmati musim terbaik beliau bersama Gillingham dalam saingan EFL League Two, akhirnya Baggott berjaya mencuri perhatian Cheltenham tahun ini selepas dipinjamkan oleh kelab asalnya iaitu Ipswich Town.

Walaupun begitu, segalanya tampak tidak begitu baik buat Baggott selepas dirinya masih lagi tidak mencipta sebarang penampilan buat pasukan tersebut dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Ianya termasuk dengan siri perlawanan terbaharu membabitkan Cheltenham ketika menentang Accrington Stanley, dengan Baggott sekali lagi dipinggirkan untuk beraksi.

Menentang lawan yang berada di zon penyingkiran, jelas Cheltenham melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata penuh, setelah mereka hanya sekadar terikat seri tanpa jaringan.

Disebabkan keputusan tersebut, Cheltenham kini terpaksa turun satu anak tangga untuk berada di kedudukan ke-19 dalam carta liga.

Walaupun begitu, pertahanan tinggi lampai ini jelas tidak menyesal dengan keputusan beliau untuk menyertai Cheltenham biarpun masih lgi belum diberi peluang beraksi.

Jelas Baggott, beliau menikmati masa terbaik ketika ini bersama pasukan tersebut serta semakin positif dari segi persefahaman taktikal bersama mereka.

“Saya mampu menyesuaikan diri dengan sangat baik bersama rakan sepasukan dalam Cheltenham Town, dan ini adalah masa terbaik buat saya di sini,” jelas Baggott menerusi Bola.com.

Untuk aksi seterusnya, Cheltenham memiliki satu lagi peluang untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas mereka bakal berdepan Cambridge United di gelanggang lawan.

Sesuatu yang membuatkan para penyokong Indonesia tertanya-tanya ketika ini jika Baggott bakal diturunkan atau masih kekal di bangku simpanan.

Sebelum ini, pengurus kelab iaitu Wade Elliot memuji Baggott dengan menyatakan pemain itu memiliki kriteria yang sangat lengkap ketika ini untuk terus memperkukuhkan jentera pertahanan mereka pada masa akan datang.

“Baggott memiliki aspek fizikal yang bagus serta dapat menguasai bola dengan sangat baik sekali dan kehadiran beliau adalah yang kami cari.

“Menerusi aspek karakter dimiliki Baggott pula, beliau merupakan pemain yang bercita-cita tinggi dan sepadan dengan DNA dalam pasukan,” jelas beliau.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN