Prestasi Hambar, Casemiro Harap Peminat Tidak Salahkan Lopetegui

Casemiro meminta peminat Real Madrid untuk tidak salahkan Lopetegui selepas Real Madrid dimalukan oleh Barcelona 5-1 dalam el clasico semalam.

Pengendali Real Madrid itu mengakui yang beliau kini sedikit tertekan dengan keadaan dan prestasi semasa pasukannya.

Ramai peminat Real Madrid mengecam Lopetegui dan meminta pengendali itu dipecat segera.

Namun begitu, Casemiro tampil mempertahankan jurulatih mereka dengan menyatakan kesalahan adalah di bahu pemain yang tidak beraksi pada tahap yang sepatutnya untuk perlawanan itu.

Jadi para pemain tidak salahkan Lopetegui di atas apa yang berlaku. Dan beliau meminta peminat juga tidak salahkan Lopetegui.

“Kesemua kami (pemain) hari ini beraksi teruk malam ini. Kami tidak memberikan imej terbaik kami.”

“Perkara ini kerap berlaku musim ini. Kami kerapkali tidak bermain dengan baik. Kami tak boleh menyalahkan pengurus.”

“Kami sudah cuba berjuang sehabisnya di dalam padang namun keputusan tidak memihak.”

“Pemain di atas padang bertanggungjawab untuk berlari lebih banyak, bertarung lebih lagi. Anda harus memberikan yang sepenuhnya di kelab ini. Buat masa ini, musim kami tak cukup baik.”

“Kami perlu kekal tenang. Sebab kami tahu kami tidak bermain pada tahap terbaik kami. Saya jangkakan musim ini akan menjadi sukar buat kami.”

“Bercakap tentang pengurus buat masa ini, agak tak masuk akal. Ini kerana kami pemain yang pergi ke dalam padang dan kami yang kalah.”

“Jadi, kami sebagai pemain bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN