Presiden Roma, Jim Pallotta mengkritik penyokong kelab sendiri yang disifatkan sebagai ‘bangsat’ kerana terlibat dengan insiden serangan yang merosakkan nama baik Roma dan bola sepak Itali.
Di dalam satu temuramah yang disiarkan di laman sesawang Roma, Pallotta tidak menyembunyikan kekecewaan terhadap penyokong Roma yang menyebabkan penyokong Liverpool, Sean Cox berada di dalam kritikal selepas diserang.
Dan Pallotta turut menganggap tindakan kumpulan penyokong tersebut sebagai ‘bodoh yang teramat sangat’.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama UEFA Champions League (UCL) pada pertengahan minggu lalu, dua penyokong Roma telah ditahan selepas didakwa terlibat di dalam serangan di Anfield.
Serangan tersebut turut menimbulkan kebimbangan lebih 5,000 penyokong Liverpool yang akan bertandang ke Stadium Olimpico untuk perlawanan timbal balik melibatkan kedua-dua pasukan.
Untuk itu, Liverpool FC telah melakukan perbincangan dengan Roma, UEFA dan juga pihak polis Itali demi memastikan perkara sama tidak akan berulang ketika perlawanan kedua itu nanti. Namun, ianya masih tidak menghalang Pallota daripada membidas penyokong kelab Roma sendiri.
Dalam temuramah itu, Pallota dipetik sebagai berkata:
“Kita mempunnyai sejarah yang panjang di Roma, dan apabila anda memiliki sekelompok orang bodoh di sini, mereka akan memusnahkan sejarah tersebut. Mereka menyerang legasi yang kita bina, dan saya benci akan perbuatan ini.”
“Ia bukan sekadar akan menjadi isu untuk Rom. Ia menjadi isu untuk Itali, isu untuk pihak berkuasa, dan isu untuk semua kita yang jelas mengatakan bola sepak kita tidak memiliki reputasi.”
“Bahawasanya kita tidak layak berada bersama-sama yang lain. Bahawasanya penyokong kita bukan penyokong yang baik, walaupun anda katakan anda terbaik di dunia.”
“Ini semua berlaku kerana sikap sekelompok penyokong berperangai ‘bangsat’. Golongan ini sebenarnya menjatuhkan kelab ini.”
Pre-match trouble outside Anfield started when group of Roma fans arrived via Venmore St, burst on to Walton Breck Rd & attacked, many using belts. #LFC fan knocked to floor & received lengthy medical treatment. Skirmishes, projectiles, at least 1 hammer in hand, police arrived pic.twitter.com/Yaby4q5f0Y
— David Ornstein (@bbcsport_david) April 24, 2018
“Apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya ialah bagaimana hebatnya perlawanan bola sepak, ia tidak pernah mengenai antara hidup dan mati.”
“Tetapi sebaliknya yang berlaku buan Sean Cox di Liverpool. Beliau berada di antara hidup dan mati, dan ini pasti menjejaskan keluarga beliau.”
“Saya tidak peduli tentang berapa jaringan di dalam perlawanan tersebut. Ia sangat mengecewakan apabila Roma dipersalahkan akibat tindakan segelintir daripada kita yang berkelakuan bodoh.”
Palotta bagaimanapun memuji sikap majortiti penyokong Roma untuk sokongan mereka sambil menekankan peranan kumpulan ultras di Stadium Olimpico sebagai antara penyumbang kepada kejayaan Roma pada musim ini.