Presiden PSG Beri Gambaran, Perbincangan Mendapatkan Neymar Berjalan Lancar

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menggambarkan yang perpindahan Neymar ke kelab Paris tersebut sudah hampir.

Beliau memberitahu kepada Omnisport yang segalanya sedang berjalan lancar dan berkata beliau seorang yang terbuka untuk berkongsi apa jua cerita perpindahan dengan wartawan jika ada.

Jika perpindahan Neymar direalisasikan, ia akan menjadi rekod perpindahan dunia dengan nilai €222 juta.

(Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Neymar yang baru kembali dari China atas urusan peribadi melibatkan komersil hak imej beliau. Nasser Al-Khelaifi memberitahu wartawan:

“Saya harus akui, buat masa ini ia masih kekal harapan. Saya akan bercakap tentang hal itu di lain hari.”

“Soalan anda ini agak tak kena masa. Hari ini Neymar masih lagi pemain Barcelona. Tetapi kita akan tengoklah apa akan terjadi kepada beliau selepas ini.”

“Kami sentiasa menghormati kertas kontrak yang dipersetujui di antara kelab dan pemain. Saya tidak suka sangat berbicara tentang hal ini. Saya berharap kita akan bercakap tentangnya di lain hari.”

“Saya memilih untuk mengelak daripada memberikan peratusan tentang perpindahan ini, tetapi semuanya sedang berjalan mengikut masa.”

“Neymar adalah bintang dunia. Dan saya ulangi, hari ini beliau adalah pemain Barcelona.”

“Membawa masuk pemain bintang dunia bukan semata-mata mahukan nama dan reputasi, tetapi kami juga mempertimbangkan cara mereka bermain bola sepak.”

“PSG ada cita-cita untuk memiliki bintang ternama di dunia, untuk meningkatkan reputasi kelab ini dan memberikan peluang kepada pemain dan jurulatih menikmati bola sepak di peringkat yang mereka idamkan.”

Rujukan

Goal – http://www.goal.com/en/news/11/transfer-zone/2017/08/01/37482632/psg-president-al-khelaifi-suggests-neymar-deal-is-close

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN