Ryan Giggs Pilih Manchester City Sebagai Pasukan Pilihan Juarai EPL 2017/18

“Manchester City adalah pasukan pilihan!” itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh Ryan Giggs. Beliau melihat cara Manchester City dalam jendela perpindahan pemain kali ini adalah membeli atas keperluan.

Manchester City tidak mendapatkan penyerang. Hanya Bernardo Silva yang ditandatangani atas kapasiti pemain serangan. Kebanyakan duit mereka dilaburkan untuk pertahanan.

Manchester City ada kualiti pemain penyerang yang bagus. Dan mereka sudah menggantikan unit pertahanan ‘berusia’ mereka dengan pemain-pemain muda.

Guardiola seakan-akan menggariskan isu bek sisi sebagai masalah besar skuad biru di bandar Manchester itu. Ryan Giggs memberitahu Sky Sports:

“Saya berpendapat, Manchester City adalah pasukan untuk dikalahkan (pasukan pilihan).”

“Saya melihat aksi mereka musim lalu, pemain serangan mereka sangat menggerunkan lawan, dengan adanya Aguero, Gabriel Jesus, Leroy Sane, Kevin De Bruyne, David Silva dan Raheem Sterling.”

(Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

“Apa yang mereka perlu perbaiki adalah pertahanan. Dan ia agak menarik untuk melihat sejauh mana Ederson akan cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan liga baru.”

“Penjaga gol yang hebat penting kerana anda tidak akan menang EPL dengan penjaga gol yang biasa.”

“Memang jelas masalah utama mereka adalah bek sisi. Tetapi, saya juga tertarik dengan persoalan sama ada Kompany masih mampu menjadi pemain utama di dalam pasukan Manchester City. Ini kerana, pengalaman dan pengaruh beliau di dalam padang sangat penting.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN