Presiden PFAM Sindir Pasukan Yang Culas Bayar Gaji Dan Abai Kebajikan Pemain

Presiden PFAM, Hairuddin Omar memang antara individu yang sentiasa menjadi perhatian kerana kebajikan pemain yang masih menjadi isu ke-3 atau ke-4 mungkin tidak penting bagi sesetengah kelab.

Dalam laman facebook menerusi page rasmi milik beliau Presiden PFAM ini mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang sudah mendaftarkan pemain di dalam Liga Super 2017.

Jelas beliau gembira dengan perkembangan liga bola sepak kita yang semakin meriah. Namun beliau tetap kesal dengan sebuah kelab yang masih berupaya mendaftkan pemain import.

Tetapi masih menangguhkan bayaran tunggakan gaji pemain, serta masih gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada pemain.

Status beliau berbunyi:

“Tahniah diucapkan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia yang berjaya mendaftarkan diri untuk bertanding pada musim 2017 WALAUPUN gagal membayar tunggakan gaji pemain, gagal membayar caruman EPF kepada pemain.”

“Tahniah kerana berjaya menandatangani pemain-pemain import yang hebat-hebat walaupun dikatakan tiada wang untuk membayar pemain sedia ada yang sudah berbulan-bulan gaji tertunggak.”

“Tahniah semua! Inilah yang dikatakan kejayaan bolasepak Malaysia yang berkelas dunia! Tahniah, anda semua memang hebat!”

Berdasarkan kenyataan beliau, jelas Hairuddin Omar tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan liga yang bertaggungjawab dalam pendaftaran pasukan dan pemain.

Ini kerana masih ada pasukan yang kritikal dalam isu tunggakan gaji pemain dan juga isu melanggar perjanjian dengan pemain masih boleh mendaftarkn pemain baru.

Beliau juga jelas sinis dengan kelab tersebut yang sebelum ini dikatakan tidak ada wang. Namun mereka masih mampu mendaftarkan pemain import baru.

Jelas sekali Hairuddin Omar mahukan isu kebajikan pemain ini dipandang lebih serius. PFAM adalah kesatuan pemain profesional di Malaysia yang menjaga kebajikan pemain yang bernaun di bawah payung mereka.

Musim lalu mereka menerima terlalu banyak aduan yang berkaitan isu pembayaran gai, kebajikan pemain, serta pemain ditamatkan kontrak tanpa sebab munasabah.

PFAM juga masih pening dengan tunggakan gaji pemain import yang sudah bermain di liga negara lain. Mereka masih menuntut hak mereka.

Kontrak adalah sekeping kertas yang dipersetujui kedua-dua pihak. Jadi, tolonglah hormatinya! Anda sudah berjanji membayar sebanyak itu, bayarlah.

Jangan pula jadikan alasan pemain tak menepati KPI ataupun jumlah penampilan kurang 15% sebagai sebab untuk tidak membayar gaji mereka ataupun ditmatkan kontrak.

Sebab itu pentingnya memasukkan klausa khas dalam kontrak pemain supaya tidak terlalu emosi dalam memberika gaji asas yang besar.

Baca juga: Isu Kontrak Dan Gaji Pemain, Sebab Dan Solusi Yang Boleh Diambil!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN