Cristiano Ronaldo Menang Anugerah Lagi! Kali Ini Dari China

Tahun 2017 ini nampaknya tahun untuk Cristiano Ronaldo menang anugerah selepas aksi cemerlang beliau pada musim 2016.

Mana tidaknya, Ronaldo sendiri mengakui musim 2016 adalah yang terbaik dalam karier beliau. Selepas memenangi UCL bersama Real Madrid, beliau menjuarai Piala Eropah 2016 dengan pasukan kebangsaan Portugal di Perancis.

Beliau yang sebelum ini memenangi Ballon d’Or 2016 dan Anugerah Pemain Terbaik FIFA 2016. Semalam, Cristiano Ronaldo menang anugerah sekali lagi. Kali ini ianya datang dari China.

Anugerah tersebut adalah hasil pemilihan oleh media sukan Dongqiudi. Mereka menggelarnya Pemain Paling Berharga (MVP) Donqiudi.

Donqiudi adalah media yang disokong Suning Grup dan juga pemilik Inter Milan, Zhang Jingdong.

Cristiano Ronaldo jelas gembira dengan penghargaan itu dan memuat naik gambar beliau dengan anugerah itu di instagram dengan kapsyen:

“Thanks for the support of Chinese fans. Glad to be the 懂球帝(All Football) 2016 best player,”

Anugerah itu adalah yang pertama seumpanya, dan Ronaldo adalah pemenang Pemain Paling Berharga (MVP) pertama pilihan mereka.

Sebelum menandatangani kontrak £365,000 seminggu dengan Real Madrid, Ronaldo dirisik oleh kelab China yang mahu membayar beliau £1 juta seminggu. Ia satu jumlah yang seakan-akan tidak masuk akal.

Cristiano Ronaldo juga dikatakan dibida dengan harga tertinggi dan tidak masuk akal dalam sejarah bola sepak dunia iaitu £300 juta oleh sebuah kelab dari China tersebut.

Hal itu disahkan sendiri oleh ejen beliau, Jorge Mendes. Namun Cristiano Ronaldo menolak untuk ke China buat masa ini kerana beliau masih sayangkan Real Madrid.

Bagi Ronaldo, beliau hanya keluar daripada Real Madrid hanya jika kelab gergasi Sepanyol itu yang menyatakan khidmat beliau tidak diperlukan lagi.

Musim ini, buat masa ini Real Madrid masih memimpin Liga Sepanyol dan dicabar oleh Sevilla dan Barcelona. Ronaldo buat masa ini merupakan penjaring terbanyak Real Madrid di La Liga dengan 12 gol.

Kami ucapkan tanhiah kepada Cristiano Ronaldo di atas anugerah ini.

Baca juga: Anugerah Juara Lagu & Bola Sepak: Apabila 12 Lagu AJL31 Dikaitkan Dengan Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN