Presiden PFA Nafi Pemain Perlis Terlibat Dalam Gejala Bookie

PFA

Semalam, Harian Metro menyiarkan pendedahan bekas pemain pasukan Liga Perdana yang mendakwa pernah didekati bookie setelah mengetahui pasukan diwakilinya mempunyai masalah tunggakan gaji.

Pemain itu dilaporkan berkata terpaksa meninggalkan sukan yang diminatinya selepas majikan gagal membayar gajinya sepanjang musim lepas. Lalu timbul khabar angin di media sosial mengatakan pemain yang dimaksudkan ialah pemain daripada pasukan Perlis.

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal bagaimanapun menafikan pemain pasukannya terlibat dalam gejala gejala rasuah atau terbabit dengan bookie.

Beliau berkata dalam Berita Harian  hari ini, masih meletakkan kepercayaan kepada pemain meskipun mereka masih belum menerima gaji pertama sejak bulan lalu.

“Saya penuh kepercayaan pemain-pemain Perlis tidak akan melibatkan diri dengan perbuatan haram itu kerana mereka lebih sayangkan karier masing-masing,” katanya.

PFA menjadi tumpuan media tempata sejak kebelakangan ini susulan kegagalan persatuan itu melunaskan bayaran gaji kepada pemainnya sepanjang musim 2018.

FOTO: Northern Lions Perlis

Menurut laporan dari akhbar Harian Metro pada Ahad lalu, bookie sentiasa memantau perkembangan terkini di Liga Malaysia, khususnya pasukan mempunyai tunggakan pembayaran gaji.

Golongan ini (bookie) pada bila-bila masa sahaja akan mengambil kesempatan terhadap kehidupan pemain yang tersepit akibat kemelut masalah pembayaran gaji yang melanda saingan domestik negara.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysia adalah negara tertinggi di Asia yang merekodkan pembayaran gaji tidak berbayar. Ini menjadikan Liga Malaysia memiliki risiko tertinggi untuk dipalit gejala rasuah.

Jumlah itu akan lebih banyak jika termasuk kes yang masih belum diterima FAM. Paling menyedihkan 60% daripada masalah hutang gaji di Malaysia adalah melibatkan Hanelang FC, Terengganu City FC (TCFC), Kuantan FA dan Marcerra United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN