Presiden Girona Menyatakan Perlawanan Girona vs Real Madrid Berlangsung Seperti Biasa

Pesiden Girona, Delfi Geli menyatakan yang perlawanan di antar Girona dan Real Madrid tidak akan ditangguhkan. Ini selepas berlaku perubahan dalam iklim politik Sepanyol-Catalonia.

Beliau memberikan jaminan yang perlawanan itu akan dijalankan seperti biasa.

Girona adalah salah sebuah pasukan dari Catalonia yang beraksi di La Liga selain daripada Espanyol dan Barcelona. Ahli Parlimen Catalan telah mengundi 70-10 untuk melepaskan diri daripada pemerintahan Sepanyol.

Pada awal bulan lalu, perlawanan di antara Barcelona dan Las Palmas berlangsung dalam stadium kosong kerana pihak pengurusan Barca enggan memgambil risiko berkaitann keselamatan.

Pada hari perlawanan tersebut, satu referendum telah dibuat di bandar Barcelona. Berlaku kekecohan apabila kerajaan Sepanyol enggan mengiktiraf referendum tersebut.

Berlaku beberapa insiden pejuan pro-Catalonia bertembung dengan pihak polis.

Mahkamah Perlembagaan Sepanyol masih mengisytiharkan bahawa undian/referendum tersebut tidak sah sejurus selepas pengisytiharan Catalonia dibuat.

Berikut adalah kenyataan Presiden Girona berkenaan dengan perlawanan La Liga di antara pasukan mereka dengan Real Madrid:

“Perlawanan ini akan berlangsung seperti biasa. Para Para peminat sedang menunggu lawatan Real Madrid dan mereka mahu menikmati aksi Girona di La Liga terutama sekali berhadapan dengan kelab seperti Real.”

Real Madrid

“Mereka adalah pelawat yang sangat penting di stadium kami. Mereka adalah salah satu kelab terbaik di dunia, dan apa yang kami mahukan ialah melihat Girona bermain menentang Madrid.”

“Ini akan menjadi satu lagi pengalaman yang tidak mahu dilepaskan oleh peminat kami di Montilivi.”

Datuk Bandar Girona, Marta Madrenas, juga menyokong kenyataan Geli yang penuh keyakinan bahawa penyokong Real Madrid tidak perlu takut untuk bertandang ke Girona. Marta Madrenas berkata:

“Di Girona, kami sama seperti kawasan yang lain di Catalonia. Kami penuh dengan sivil dan bertanggungjawab.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN