Ini Video Yang Bakal Ditunjukkan Olivier Giroud Kepada Cucunya Apabila Tua Nanti

Susulan penganugerahan FIFA Puskás Award 2017 kepada Olivier Giroud, wartawan L’equipe, Matt Spiro menulis tweet berikut yang menjadi viral:

Ada betulnya juga tweet ini. Giroud mungkin kerap dikritik peminat bola sepak kerana tidak mampu menjaringkan gol secara konsisten setiap minggu untuk Arsenal, tetapi apabila beliau menjaringkan gol – gol beliau adalah gol cantik.

7 hari selepas tweet tersebut tersebar, seorang peminat bola sepak di Reddit, u/DiedPiepMuis menghasilkan satu video kompilasi gol-gol cantik Giroud.

Jika anda menunjukkan video ini kepada kawan-kawan anda yang tidak mengikuti perkembangan bola sepak, mereka pastinya berpendapat penyerang Arsenal kelahiran Perancis ini merupakan pemain terbaik di dunia. Malah lebih baik daripada Pele.

Anda boleh tonton video u/DiedPiepMuis di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN