Terkini: Presiden Penang FA Umum Letak Jawatan!

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (Penang FA), Yang Berhormat Zairil Khir Johari sebentar tadi mengumumkan perletakan jawatan daripada jawatan yang disandangnya itu berkuatkuasa serta merta.

Berikutan itu, satu kenyataan media yang turut dimuatnaik di laman media sosial rasmi persatuan tersebut telah sebentar tadi.

Y.B Zairil Khir Johari

Pulau Pinang telah pun disahkan tersingkir daripada saingan Liga Super 2017 dan akan bertanding di dalam saingan 100Plus Liga Premier pada musim hadapan setelah beraksi di Liga Super selama 2 musim.

Pasukan yang turut dikenali sebagai skuad Harimau Kumbang itu dinaikkan ke saingan Liga Super pada musim 2016 selepas berjaya menduduki tangga ke-2, Liga Perdana Malaysia pada musim 2015.

Berikutan kegagalan pasukan tersebut untuk kekal bersaing di Liga Super pada musim hadapan, YB Zairil Khir Johari mengambil tanggungjawab penuh akan kegagalan tersebut dengan meletak jawatan sebagai presiden berkuatkuasa serta merta.

Sumber: The Star

Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan yang disiarkan oleh mantan presiden Penang FA tersebut:

“Walaupun perjalanan saya dalam FAP adalah singkat, namun banyak yang telah saya harungi, pahit dan manis. Saya dan pasukan pengurusan telah melakukan yang terdaya dan yang terbaik.”

“Awalnya, kami membawa masuk jurulatih asing yang mempunyai rekod cemerlang dan kemudiannya apabila tidak membuahkan hasil, menukarkan strategi dengan menggantikan beliau dengan lagenda bola sepak tempatan, Zainal Abidin Hassan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi kami.”

“Pun begitu, saya bangga dengan program pembangunan akar umbi. Di bawah seliaan saya, kami telah mewujudkan pasukan bawah-16 dan bawah-14 untuk mewakili FAP.”

“Pasukan bawah-16 berjaya melayakkan diri ke separuh akhir kejohanan JSSL Pro-7s di Singapura, manakala pasukan bawah-14 menjadi naib juara Piala Dunia Remaja Gothia di China. Mereka adalah harapan kita untuk Pulau Pinang!”

Aksi Pulau Pinang musim ini. Kredit: The Star

YB Zairil Khir Johari turut sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan warga FAP di setiap peringkat termasuk Piala Presiden dan Piala Belia, serta kerajaan negeri atas sokongan dana ketika persatuan itu di bawah kendalian beliau.

Dengan itu, beliau turut berharap agar penyokong pasukan Pulau Pinang sentiasa berada di belakang pasukan ketika mengharungi cabaran pada masa hadapan.

Perletakkan jawatan YB Khir Johari bukan satu perkara yang mengejutkan, mengambil kira prestasi Pulau Pinang pada musim ini.

Pada Februari lalu beliau dan juga beberapa pemain pasukan Pulau Pinang mendakwa telah menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak berpuas hari dengan prestasi semasa pasukan pulau mutiara tersebut.

FRU mengawal keadaan di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.

Pada bulan yang sama, sekumpulan penyokong turut merusuh di Stadium Negeri Batu Kawan, sehingga memaksa petugas FRU mengambil tindakan untuk meredakan keadaan akibat tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan mereka selepas tumpas di tangan Sarawak.

Untuk rekod, pasukan Pulau Pinang mara sehingga ke peringkat 16 pasukan Piala FA 2017, sebelum ditewaskan oleh Negeri Sembilan 4-1 dan hanya mencatat 3 kemenangan serta 3 seri dalam saingan Liga Super 2017.

Harapan kami ialah agar pasukan Pulau Pinang kembali bangkit dalam kancah bola sepak tanah air pada musim-musim yang akan mendatang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN