Quantcast

BERITA

Video: TMJ Janji Ganjaran RM30K Untuk Skuad Harimau Malaya Jika Tewaskan Hong Kong!

Petang tadi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sempat menyiarkan sebuah video yang mengandungi amanat kepada barisan skuad Harimau Malaya yang disampaikan oleh Presiden FAM sendiri, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pemain dan pegawai skuad kebangsaan yang kini sudah berada di Hong Kong untuk perlawanan kelayakkan Piala Asia 2019, berhubung dengan TMJ melalui satu sidang video dari Johor Bahru.

Beberapa amanat penting turut disampaikan oleh TMJ dalam video berdurasi 5 minit 16 saat itu.

Kredit: FAM, Facebook

Antara intipati sidang video tersebut ialah TMJ menekankan betapa pentingnya kemenangan untuk perlawanan menentang Hong Kong yang dijadualkan berlangsung pada esok malam.

Untuk itu, Baginda mahukan setiap pemain untuk kekal fokus dan tidak mempedulikan segala kritikan terhadap keupayaan pemain yang boleh menganggu moral dan fokus pasukan.

Sidang media tersebut berlangsung secara santai namun penuh dengan dorongan daripada Presiden FAM tersebut.

Sambil menekankan bahawa keputusan kalah atau menang adalah pekara kedua, namun Baginda tetap menuntut komitmen 110% daripada setiap pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan esok.

Krdeit: FAM, Facebook

“Kalah dan menang adalah perkara kedua. Paling penting seluruh rakyat Malaysia bakal menyaksikan komitmen 110% daripada pemain. Mata tidak pernah menipu. Jika pemain beraksi dan memberi 110%, kalah atau menang semua akan berpuas hati.”

“Paling penting ialah untuk setiap pemain bermain sebagai satu pasukan, membantu satu sama lain. Saya yakin anda mampu untuk berjaya,” ujar TMJ kepada barisan pemain.

Presiden FAM tersebut turut mengumumkan setiap pemain akan mendapat imbuhan sebanyak RM30,000 seorang jika berjaya membawa pulang 3 mata ke tanah air.

Pengumuman oleh TMJ tersebut lantas menerima tepukan daripada pemain yang jelas gembira dengan komitmen dan dorongan daripada Presiden FAM tersebut.

TMJ turut sempat mengusik kapten pasukan negara, Safiq Rahim yang hanya akan mendapat imbuhan sebanyak RM20,000 kerana masih berhutang sebanyak RM10,000 dengan Baginda.

Daripada perbualan sidang video tersebut, jelas barisan pemain negara berada di tahap moral yang tinggi untuk perlawanan menentang Hong Kong esok.

Kami di Semuanya BOLA ingin mengucapkan selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dan berdoa agar kemenangan akan menjadi milik kita.

Ayuh Harimau Malaya!

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!