Presiden PAOK Digantung 3 Tahun & Denda Selepas Insiden Ancam Guna Pistol

Presiden kelab Liga Super Greek, PAOK telah digantung selama tiga tahun oleh badan bola sepak di negara itu selepas insiden membawa pistol ketika perlawanan membabitkan pasukan tersebut.

PAOK turut dikenakan tindakan pemotongan 3 mata dan denda, sekaligus menyebabkan pasukan tersebut tercicir ke tangga ketiga liga dalam saingan sengit untuk merebut kejuaraan.

(Photo credit should read SAKIS MITROLIDIS/AFP/Getty Images)

Selain daripda PAOK, AEK dan Olympiakos adalah dua lagi pasukan yang sedang bersaing sengit untuk bergelar juara Liga Super Greek pada musim ini.

Keputusan hukuman terhadap PAOK adalah termasuk bayaran denda berjumlah £87,560 terhadap pemiliknya, Ivan Savvidis dan denda berasingan berjumlah £55,150 terhadap PAOK.

Namun demikian, pihak penganjur liga memberikan peluang buat Savvidis dan PAOK untuk mengemukan rayuan.

should read STRINGER/AFP/Getty Images)

Dalam perkembangan berkaitan, FIFA turut dilaporkan telah menggantung Persatuan Bola Sepak Greek berdasarkan satu surat oleh badan bola sepak dunia itu yang dibocorkan kepada pihak media.

Namun ia tidak menghalang saingan bola sepak di Greek diteruskan pada Sabtu ini selepas ia sebelum ini digantung pada 12 Mac yang lalu disebabkan insiden yang melibatkan Savvidis tersebut.

Ini berikutan semua kelab yang bertanding telah bersetuju untuk memenuhi tuntutan oleh pihak kerajaan yang terpaksa campur tangan, memandangkan kejadian tersebut melibatkan isu keselamatan di dalam negara.

T(Photo credit should read SAKIS MITROLIDIS/AFP/Getty Images)

Antara persetujuan yang dicapai oleh pihak kelab dan kerajaan ialah penolakkan mata dan penyingkiran dari divisyen sebagai hukuman jika kejadian berbentuk keganasan berulang di masa hadapan.

Insiden pada 12 Mac lalu mengejutkan bola sepak Greek apabila pemilik PAOK turun ke padang dengan membawa pistol. Savvidis mengugut untuk membunuh pengadil. Kejadian berlaku selepas pengadil membatalkan gol kemenangan PAOK dalam perlawanan menentang AEK Athens pada minit akhir perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN