6 Kenangan Terbaik Zlatan Ibrahimovic Bersama Manchester United

Sebelum menyertai La Galaxy baru-baru ini, Zlatan Ibrahimovic telah menandatangani kontrak lanjutan sehingga akhir musim bersama Manchester United pada Ogos yang lalu.

Namun kali terakhir Ibrahimovic beraksi ialah ketika bertemu Burnley pada Disember lalu sebelum sekali lagi ditimpa kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Musim lau, Zlatan telah menjaringkan 28 gol dan berjaya membantu Manchester United meraih Piala Liga dan Liga Europa.

Berikut merupakan kenangan-kenangan terbaik Zlatan Ibrahimovic ketika bersama Manchester United.

1. Gol Zlatan Tewaskan Leicester City Di Perisai Komuniti

Stadium Wembley menjadi lokasi pertama pembukaan musim baru untuk penyokong Manchester United menyaksikan pemakai jersi nombor 9, selepas musim terdahulu digunapakai oleh Anthony Martial.

Perlawanan tersebut menemukan Manchester United menentang Leicester City yang merupakan juara Liga Perdana Inggeris musim sebelumnya.

Perlawanan terikat 1-1 sehingga minit ke-82 hasil jaringan Jesse Lingard dan James Vardy.

Pada minit ke-83 perlawanan, Zlatan menjadi wira Red Devils selepas berjaya memanfaatkan hantaran lintang dari Antonio Valencia dengan menanduk masuk bola melepasi Kasper Schemeichel.

2. Bantu United rangkul Piala Liga Inggeris 

Stadium Wembley sekali lagi menjadi saksi kehebatan Zlatan Ibrahimovic setelah beliau berjaya membantu pasukannya menjulang trofi kejuaraan Piala Liga Inggeris musim lalu.

Zlatan bukan sahaja muncul sebagai wira pasukan, malah penyerang veteran berusia 35 tahun itu juga berjaya membantu Manchester United meraih kejuaraan pertama di bawah pimpinan Jose Mourinho dengan kemenangan 3-2 ke atas Southampton.

United menjaringkan gol pertama menerusi tendangan percuma yang dijaringkan oleh Ibrahimovic pada minit ke-19. Jesse Lingard menambah jaringan kedua United pada minit ke-38.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Southampton yang diterajui oleh penyerang Itali, Manolo Gabbiadiani kembali bangkit pada minit ke-45 untuk merapatkan jurang.

Gabbiadiani sekali lagi bertindak cemerlang pada minit ke-48 untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan masih terikat 2-2 sehingga minit ke-87 dan bekas kapten pasukan Sweden, Ibrahimovic membuktikan keunggulannya dengan menjaringkan gol kemenangan, kedua buat Zlatan dalam perlawanan itu.

Jaringan kemenangan tersebut sekaligus memberikan piala pertama kepada Mourinho bersama United.

3. Sambutan Ajax buat Zlatan di pentas akhir Liga Europa 

Pentas akhir Liga Europa sememangnya sudah tersedia khusus buat “King Zlatan”. Meskipun berhadapan dengan ribuan penyokong bekas pasukannya iaitu Ajax, kehadiran Zlatan tetap mendapat sambutan penyokong setia kelab tersebut.

Ini bukan kali pertama Zlatan kembali ke Ajax. Sebelum ini beliau pernah kembali ketika bersama Paris Saint-Germain (PSG). Penyokong Ajax tetap menyambut kehadiran bekas pemain mereka itu. Ini jelas dapat dilihat dengan tergantungnya satu kain rentang yang bertulis, “Welcome Back Son Of God”

(Photo by Alex Grimm/Getty Images)

Namun demikian penonton terpaksa melupakan hasrat untuk meyaksikan aksi Zlatan di Friends Arena, apabila beliau terpaksa disisihkan dari selepas mengalami kecederaan di aksi suku akhir.

Perlawanan akhir tersebut dimenangi oleh Manchester United dengan jaringan 2-0 menerusi, Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Zlatan Ibrahimovic adalah legenda di mana sahaja beliau pergi.

4. 25,000 Dan 400 Bersama United

Anda pasti bertanya-tanya apakah maksud angka tersebut.

Tenang, kami akan menjelaskannya. Angka 25,000 dan 400 itu terjadi dalam satu perlawanan EPL pada November 2016. Ketika itu Manchester United berjaya menewaskan Swansea City 3-1 di Stadium Liberty hasil jaringan Paul Pogba dan dua gol dari Zlatan Ibrahimovic.

(Photo by Stu Forster/Getty Images

Gol pertamanya merupakan gol ke-25,000 yang tercipta di era EPL, manakala gol keduanya pula merupakan gol ke-400 peribadinya sepanjang karier profesional sebagai pemain bolasepak.

Zlatan sempat bergurau dalam ucapannya selepas mengetahui tentang rekod jaringanya itu, “Saya fikir hanya saya yang mencetak 25,000 gol! Rupanya saya yang ke 25,000”

Zlatan sentiasa kelakar di dalam ucapannya.

5. Hatrik pertama untuk Man United

Ketika Manchester United melayan kunjungan Saint Etienne di Old Trafford, Zlatan berjaya mencetak hatrik pertamanya untuk kelab gergasi England tersebut sekaligus mencatat kemenangan bergaya 3-0 di perlawanan pertama bagi pusingan 32 pasukan Liga Europa.

Gol-gol dari Zlatan itu dihasilkan pada minit ke-15, 75, dan 88 memastikan United berada dilandasan terbaik dalam perebutan tiket mara ke peringkat 16 pasukan terbaik.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

6. Gegar gawang dua kelab Merseyside

Dua kelab Merseyside, Everton dan Liverpool, masing-masing sudah merasakan betapa pahitnya jaringan yang dihasilkan oleh Zlatan Ibrahimovic.

Zlatan berjaya mencetak gol menarik  bertemu Everton ketika berkunjung di Goodison Park pada Desember 2016.

Tindakan Maarten Stekelenburg yang meluru ke arah Zlatan meninggalkan gawangnya membawa padah apabila Zlatan berjaya membuat lantunan bola terus ke gawang Everton.

Dalam perlawanan tersebut, Manchester United terikat 1-1 selepas Everton dihadiahkan sepakan penalti dan Leighton Baines berjaya memanfaatkan peluang itu.

Gol kedua Zlatan menentang kelab dari Merseyside dihasilkan dalam pertembungan panas di antara Manchester United dan Liverpool.

Beraksi di Old Trafford, United pada awalnya ketinggalan 0-1 selepas Liverpool diberikan sepakan penalti dan James Milner berjaya menjaringkan gol tersebut.

Zlatan kemudiannya menjadi penyelamat United dengan menanduk bola ke gawang Liverpool pada minit ke-84 perlawanan.

Kedua-dua pasukan turut terikat dengan keputusan 1-1.

Penutup

Meskipun jodoh Zlatan Ibrahimovic bersama Manchester United tidak bertahan lama, Zlatan telah berjaya membantu Unted merangkul beberapa kejuaraan.

Bagi peminat setia The Reds Devils, jasa Zlatan pasti tidak akan dilupakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN