Presiden Pachuca Jelaskan Manchester United Sudah Lama Perhatikan Hirving Lozano

Lozano

Presiden kelab Pachuca, Jesus Martinez menjelaskan bahawa Manchester United sudah lama menunjukkan minat bagi mendapatkan khidmat Hirving Lozano ke Old Trafford.

Menurut Martinez, gergasi Liga Perdana Inggeris itu telah memantau perkembangan Lozano sejak beliau berusia 16 tahun.

Pemain yang kini  berusia 23 tahun itu memulakan impiannya untuk menjadi pemain bola sepak profesional setelah menyertai Akademi Pachuca pada tahun 2009.

Aksi cemerlang beliau bersama skuad kebangsaan Mexico dan PSV Eindhoven telah menarik minat beberapa kelab ternama Eropah, termasuk Manchester United.

MILAN, ITALY – DECEMBER 11: Hirving Lozano (L) of PSV scores the opening goal during the UEFA Champions League Group B match between FC Internazionale and PSV at San Siro Stadium on December 11, 2018 in Milan, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

”Apa yang saya boleh katakan dan beri jaminan adalah pencari bakat Manchester United telah memantau Hirving (Lozano) sejak dia berusia 16 tahun lagi.”

”Mereka mempunyai rekod keseluruhan mengenainya. Mereka mempunyai segala-galanya – video, jaringan, sifat dan kelayakan.”

”Mereka merupakan sebuah kelab yang mempunyai pencari bakat yang terbaik dan profesional,” ujar Martinez menjelaskan perkara tersebut.

”Impian utama saya adalah untuk melihatnya di United dan Hector (Hererra) beraksi untuk Atletico Madrid. Ia merupakan impian saya dan juga buat mereka.”

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN