10 Pembelian Termahal Dalam Sejarah Bundesliga, 8 Daripadanya Melibatkan Bayern Munich

Bundesliga baru sahaja mencipta rekod perpindahan terbaru dalam liga mereka. Kami senaraikan 10 pemain termahal dalam sejarah Bundesliga.

1. Lucas Hernandez (Atletico ke Bayern Munich)
KAZAN, RUSSIA – JUNE 30: Cristian Pavon of Argentina between N’Golo Kante and Lucas Hernandez of France during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between France and Argentina at Kazan Arena on June 30, 2018 in Kazan, Russia. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Bayern Munich memeterai perjanjian termahal dalam sejarah Bundesliga dengan membayar £69 juta untuk bek sisi Atletico Madrid.

Hernandez merupakan pemenang Piala Dunia 2018 dijangkan boleh membentuk gandingan dengan rakan senegaranya, Benjamin Pavard dalam skuad utama Bayern Munich.

2. Julian Draxler (Schalke ke Wolfsburg)

Draxler terpaksa dijual selepas Schalke bergelut dengan prestasi dan status kewangan mereka. Wolfsburg membeli pemain tersebut dengan nilai £37 juta. Dan selepas itu Wolfsburg menjual Draxler ke PSG dengan nilai £31 juta.

3. Corentin Tolisso (Lyon ke Bayern Munich)

Selepas aksi cemerlang bersama Lyon, Corentin Tolisso menjadi rebutan banyak kelab di Eropah. Beliau memutuskan untuk menyertai Bayern Munich dengan nilai £36 juta.

4. Javi Martinez (Athletic Bilbao ke Bayern Munich)
Britain Football Soccer – Bayern Munich v Atletico Madrid – UEFA Champions League Semi Final Second Leg – Allianz Arena, Munich – 3/5/16
Atletico Madrid’s Fernando Torres in action with Bayern Munich’s Javi Martinez
Reuters / Michaela Rehle
Livepic
EDITORIAL USE ONLY.

Javi Martinez dibeli oleh Bayern dengan nilai £35 juta. Pemain yang boleh bermain di pelbagai posisi yang defensif. Beliau antara pemain utiliti paling penting dalam menampung sebarang isu ‘squad depth’ di Bayern Munich.

5. Arturo Vidal (Juventus ke Bayern)

Selepas musim cemerlang bersama Juventus dan skuad kebangsaan Chile, Vidal berhijrah ke gergasi Jerman pula. Beliau dibeli oleh Bayern dengan harga £32.7 juta.

6. Mario Gotze (Borussia Dortmund ke Bayern Munich)

Selepas panas dengan beberapa perpidahan melibatkan pemain Dortmund ke Bayern – Gotze memarakkan lagi api kegeraman penyokong di Signal Iduna Park.

Beliau menyertai Bayern Munich dengan nilai £32 juta. Gagal menempatkan diri dalam kelompok kesebelasan utama dan akhirnya pulang semula ke Dortmund.

7. Benjamin Pavard (Vfb Stuttgart ke Bayern Munich)

Pavard

Sebelum Lucas Hernandez, Bayern Munich sudah memeterai perjanjian dengan seorang lagi bek sisi Perancis iaitu Benjamin Pavard. Bayern Membayar £30.5 juta untuk pemain ini.

8. Mat Hummels (Borussia Dortmund ke Bayern Munich)

Seorang lagi pemain generasi emas Jurgen Klopp yang menyertai Bayern Munich. Hummels menjelaskan kepada penyokong Dortmund bahawa beliau sentiasa mengimpikan untuk pulang semula ke Bayern Munich – selepas gagal menjadi pemain utama Bayern ketika masih muda.

Bayern membayar £30.1 juta untuk membeli semula graduan Saebener Strasse ini.

9. Renato Sanchez (Benfica ke Bayern Munich)
(Photo by Getty Images)

Bayern Munich mengejutkan ramai pihak apabila membayar £30 juta untuk pemain 18 tahun dari Portugal itu. Mereka menganggap itu adalah bayaran untuk potensi pemain itu dalam 2-3 musim lagi.

Namun buat masa ini Sanches masih gagal menepati ekspektasi ke atasnya. Pernah dipinjamkan ke pasukan seperti Swansea.

10. Andre Schurrle (Chelsea ke Wolsfburg)
BURNLEY, ENGLAND – JANUARY 12: Andre Schurrle of Fulham warms up prior to the Premier League match between Burnley FC and Fulham FC at Turf Moor on January 12, 2019 in Burnley, United Kingdom. (Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Beliau terpaksa meninggalkan Chelsea untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama setiap minggu. Antara ‘gamechanger’ paling berkesan di Chelsea dan juga dalam skuad Jerman.

Wolfsburg membayar £28 juta untuk penyerang sayap ini.

Rumusan

Itulah 10 pembelian termahal dilakukan kelab Bundesliga. Bayern Munich jelas terlalu dominan dan dijangka mungkin akan memecahkan rekod sekali lagi dengan beberapa nama pemain dalam sasaran mereka selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN