Presiden Lyon Tunggu Bidaan Real Madrid Untuk Nabil Fekir Selepas Kecewa Dengan Rundingan Liverpool

Presiden Lyon, Jean Michel Aulas sebelum ini pernah menafikan mahu menjual Fekir ke Liverpool. Beliau turut membuat kenyataan media tentang hal itu.

Selepas ditekan oleh penyokong Lyon yang tidak percayakan Aulas, akhirnya Aulas mengakui ada rundingan dengan Liverpool seperti yang dilaporkan media.

Penyokong Lyon bengang dengan cara Aulas seperti mana beliau mengendalikan perpindahan Lacazette di mana beliau memberikan janji palsu kepada penyokong Lyon, akhirnya Lacazette dijual juga ke Arsenal.

Sebelum Piala Dunia bermula, Aulas menyatakan yang rundingan dengan Liverpool ditamatkan atas kehendak beliau.

Laporan beberapa media menyebut, Lyon enggan menurunkan harga yang diminta Liverpool selepas pemain itu ada rekod kecederaan lutut. Meskipun Presiden pasukan Perancis menyatakan yang Fekir sudah bertemu pihak Liverpool dan yakin akan memuktamadkan perjanjian.

Tidak lama selepas itu, Aulas terus mengumumkan Nabil Fekir akan kekal di Lyon musim hadapan dan akan menjadi kapten kelab.

Kini Aulas menyatakan yang Real Madrid dalam usaha menapatkan pemain tersebut. Beliau menyatakan kesanggupan untuk melepaskan Fekir pada harga yang mereka letakkan iaitu £60 juta.

Bercakap kepada wartawan, Aulas menjelaskan kegagalan rundingan dengan Liverpool kerana mengambil masa terlalu lama.

“Ya, Nabil sangat hampir ke Liverpool, namun saya memberikan isyarat untuk menamatkan rundingan itu.”

“Rundingan itu tidak berlaku seperti yang kami harapkan. Liverpool mengambil masa terlalu lama. Nabil adalah pemain yang luar biasa.”

(Photo credit: PHILIPPE DESMAZES/AFP/Getty Images)

Ditanya sama ada beliau akan membuka rundingan dengan Real Madrid yang berminat dengan Fekir, Aulas menyatakan:

“Segalanya ada kemungkinan. Namun kami kalau boleh magu beliau kekal.”

“Tetapi, jika beliau mahu pergi juga, kami akan mencarikan kelab besar yang sesuai dengan dimensi dan keupayaan tinggi beliau.”

Berita ini pastinya bukan satu kejutan bagi penyokong Lyon yang sebelum ini memang tidak pernah terlalu percaya dengan janji Aulas terutama sekali apabila beliau menyatakan jaminan yang pemain akan kekal.

Nabil Fekir kini masih dalam tugasan antarabangsa bersama pasukan Perancis.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN