Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas dikatakan telah menghubungi pihak berkuasa Perancis untuk menimbang semula keputusan untuk menamatkan liga bola sepak di negara itu terlalu awal.
Pada 28 April lalu, Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) memutuskan Ligue 1 dan Ligue 2 tidak akan disambung ekoran arahan pihak kerajaan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti berkumpulan sehingga awal September disebabkan pandemik COVID-19.
Dalam satu surat yang ditujukan kepada Perdana Menteri dan Menteri Sukan Perancis, Aulas mengatakan pembatalan liga akan menyebabkan industri bola sepak di negara itu berdepan dengan “krisis ekonomi dan sosial”.
"Rectify the error and finish Ligue 1"
— MARCA in English 🇺🇸 (@MARCAinENGLISH) May 26, 2020
Aulas has written an open letter to the French Prime Minister
✍https://t.co/gXCNifQNzO pic.twitter.com/LUv5yGJQ1k
Kedudukan Lyon dalam liga sebelum ditamatkan adalah di tempat ketujuh dan menyebabkan pasukan itu terlepas slot ke kejohanan Eropah pada musim depan.
Ligue 1 menjadi satu-satunya liga terbesar di Eropah untuk menamatkan saingan pada musim ini sementara Bundesliga menjadi yang pertama telah disambung. Sepanyol, Itali dan England pula dijangka akan menyambung liga masing-masing pada Jun ini. Liga Belanda dan Belgium juga telah dibatalkan.
“Bundesliga telah menyambung liga mereka pada 16 Mei, Sepanyol pula akan kembali pada 8 Jun. Itali, Rusia dan Portugal telah menyambung latihan pasukan sementara England pula sedang berusaha untuk menyambung liga mereka pada 19 Jun.
“Jadi kenapa Perancis batalkan liga terlalu cepat dan biarkan orang lihat liga ini seperti tiada nilai?” ujar Aulas.
Kerajaan Perancis dilaporkan akan mula melonggarkan undang-undang perintah berkurung pada 2 Jun ini.
#Wspominki
— Rafał Majchrzak (@RMnaTT) May 26, 2020
26 maja 2016 roku Olympique Lyon pokonał VfL Wolfsburg w finale kobiecej Ligi Mistrzów. Był to trzeci takowy tytuł dla OL.
Od tamtej pory WCL wygrywa już tylko Lyon. W tym sezonie jest już na poziomie 1/4 finału…
📸: BalkansCat / Shutterstock pic.twitter.com/ilNF6X2t1I
“Bayangkan 2 Jun ini sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk betulkan semula kesilapan badan pengurusan bola sepak Perancis. Benarkan aksi bola sepak disambung dengan prosedur dan protokol kesihatan seperti mana yang diamalkan liga negara lain.
“Benarkan semua pasukan kembali menjalani latihan dan mengapa tidak musim 2019/20 kembali disambung pada bulan Julai dan Ogos?”
Minggu lepas, Lyon menjadi satu daripada tiga kelab selain Amiens dan Toulouse yang disingkirkan ke Ligue 2 telah membuat bantahan terhadap keputusan menamatkan liga namun telah pun ditolak.