Semalam merupakan ulang tahun keputeraan buat Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan orang penting dalam bola sepak JDT dan juga Presiden FAM.
Baru-baru ini, Presiden FIFA iaitu Gianni Infantino telah memberikan perutusan hari jadi buat TMJ.
Perutusan ringkas itu disiarkan menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers baru-baru ini.
“TMJ telah menerima perutusan ucapan selamat ulang tahun keputeraan baginda oleh Presiden FIFA – Gianni Infantino,” ujar laman JOHOR Southern Tigers.
Dalam perutusan ringkas tersebut, Infatino telah mengucapkan selamat hari jadi kepada TMJ serta memberikan kata-kata selamat kepada baginda.
“Pada hari isitimewa anda, izinkan saya menzahirkan ucapan ikhlas saya agar anda dikurniakan jutaan tuah, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan juga kejayaan.”
“Saya berharap anda menghabiskan masa di hari indah anda dengan bersama keluarga serta teman-teman anda.”
“Semoga bergembira dan sampaikan salam saya kepada semua.”
Ucapan yang diterima oleh TMJ itu boleh dikatakan sebagai ucapan yang paling tinggi diterima oleh individu dari industri bola sepak.