Presiden FIFA Tak Setuju Perlawanan La Liga Dilangsungkan Di Amerika Syarikat

Semakin ramai yang sudah mula membantah idea yang jelas kurang popular bagi pemain dan penyokong bola sepak ini.

Presiden FIFA, Gianni Infantino telah pun menzahirkan perasaan kurang senang mengenai pelan La Liga untuk mengadakan perlawanan di Amerika Syarikat.

Menurut laman ESPN, Presiden FIFA itu mengatakan beliau lebih berminat untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang lebih berkualiti disajikan oleh Major League Soccer (MLS) berbanding perlawanan liga luar yang dilangsungkan di Amerika Syarikat.

La Liga merancang untuk membawa perlawanan kompetitif mereka di Amerika Syarikat.

“Saya fikir saya lebih gemar untuk menyaksikan perlawanan berkualiti Major League Soccer di Amerika Syarikat berbanding perlawanan La Liga di sana.”

“Dalam bola sepak, prinsip umum sukan ini adalah anda bermain perlawanan anda di laman sendiri di tempat sendiri dan bukannya di tempat asing.”

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Lionel Messi of FC Barcelona shoots towards goal during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Setakat ini, hanya 2 pasukan sahaja telah bersetuju untuk melangsungkan perlawanan kompetitif La Liga mereka di Amerika Syarikat iaitu Barcelona dan juga Girona.

Namun begitu, pengesahan belum lagi dibuat oleh pihak FIFA dan dengan hadirnya komen sebegini dari Infantino membuatkan kemungkinan perlawanan itu tidak dapat diadakan.

Sebelum ini, La Liga sudah menandatangani perjanjian 15 tahun untuk membawa perlawanan kompetitif mereka ke negara-negara seperti Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Namun begitu, pelan itu mendapat bantahan hebat terutamanya dari kalangan pemain La Liga sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN