Bale Akui Real Madrid Lebih Bermain Sebagai Satu Pasukan Selepas Ronaldo Pergi

Adakah situasi di Real Madrid kini sudah pun berubah?

Pemergian Cristiano Ronaldo ke Juventus sedikti sebanyak telah mengubah komposisi skuad gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Menurut laman Express, pemain sayap Real Madrid iaitu Gareth Bale mengakui pasukannya telah mengalami sedikit perbezaan.

Hal ini kerana menurut beliau, pasukannya kini telah mula bermain sebagai satu pasukan dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu pemain sahaja.

MADRID, SPAIN – AUGUST 19: Gareth Bale of Real Madrid celebrates after scoring his teams second goal during the La Liga match between Real Madrid CF and Getafe CF at Estadio Santiago Bernabeu on August 19, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Katanya, pasukan kini seolah-olah lebih tenang dan kurang tekanan berbanding sebelum ini.

“Semestinya ia menjadi sedikit berbeza apabila terdapat pemain yang cukup hebat di sini.”

“Ia mungkin situasinya lebih tenang.”

“Pada hemat saya, kini pasukan bermain lebih kepada sebagai satu unit dan bukannya tertumpu kepada seorang pemain sahaja.”

MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 01: Sergio Ramos (left) Luka Modric (centre) and Keylor Navas of Real Madrid celebrate their 2017/18 UEFA Men’s Defender, Player of the Year and Goalkeeper of the year awards respectively before the La Liga match between Real Madrid CF and CD Leganes at Estadio Santiago Bernabeu on September 1, 2018 in Madrid, Spain. (Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Bale sejak dari awal musim telah disebut-sebut sebagai pengganti ideal untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Ronaldo.

Pemain kebangsaan Wales itu jelas berjaya memberikan respon yang diharapkan apabila ketajaman beliau di hadapan pintu gol telah menghasilkan 3 gol daripada 4 perlawanan La Liga setakat ini.

Dalam masa yang sama, Bale turut mengakui selesa dengan cara Julen Lopetegui mengendalikan pasukan.

Menurut laman Football Espana, kebolehan Lopetegui berbahasa Inggeris memudahkan Bale untuk memahami taktikal dengan lebih mendalam.

“Siapa lebih bagus antara Julen Lopetegui dengan Zinedine Zidane? Saya tak patut jawab soalan itu.”

“Tetapi apa yang ketara adalah kebolehan Lopetegui berbahasa Inggeris amat membantu saya. Saya memang boleh berbahasa Sepanyol tetapi saya tidak mampu untuk bercakap dengan lebih mendalam apabila diperlukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN