Presiden FIFA: “Tanpa Sistem VAR, Piala Konfederasi Akan Jadi Kejohanan Yang Kurang Adil”

Pengenalan sistem VAR dalam Piala Konfederasi 2017 telah menghadirkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Ada yang berpuas hati, ada juga yang mengecam sistem tersebut.

Namun bagi Presiden FIFA Gianni Infantino, beliau menyifatkan pengenalan sistem VAR di Piala Konfederasi telah memberikan banyak kebaikan kepada kejohanan ini.

 

Pada beliau, sistem VAR telah menjadikan kejohanan tersebut “lebih adil” bagi setiap pasukan.

“Setakat ini, sistem VAR sangat berjaya apabila ia digunakan.”

“Kami sedang belajar dan juga memperbaiki sistem ini. Kami akan teruskan percubaan ini.”

“Tanpa sistem VAR ini, kejohanan ini akan menjadi sedikit tidak adil buat pasukan yang bertanding.”

Sistem VAR digunakan ketika Piala Konfederasi 2017.

Infantino juga memberi bayangan yang sistem VAR akan tetap digunakan di Piala Dunia 2018 walaupun mendapat kritikan pedas pemerhati bola sepak.

“Tiada apa yang akan halang kami untuk laksanakan sistem ini pada Piala Dunia 2018.”

Walaupun berkeras dalam melaksanakan sistem VAR di Piala Dunia 2018, Infantino mengakui beberapa kelemahan perlu diatasi supaya sistem ini menjadi sempurna.

“Kami masih perlu perbaiki apa yang kurang dalam sistem ini.”

“Komunikasi ketika mendapatkan keputusan dan masa yang diambil ketika menggunakan sistem ini adalah perkara yang perlu diambil kira.”

Sumber:

  1. ESPN (2017): FIFA chief Gianni Infantino backs VAR introduction at 2018 World Cup; http://www.espnfc.com/fifa-world-cup/story/3151971/fifa-chief-gianni-infantino-backs-var-introduction-at-2018-world-cup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN