Liverpool Sedia Dapatkan Naby Keita Dari RB Leipzig, Dijangka Pecah Rekod Perpindahan Lagi

Liverpool diberitakan bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan mereka sekali lagi apabila berusaha untuk mendapatkan Naby Keita dari RB Leipzig.

Walaupun RB Leipzig berkeras untuk tidak menjual Keita dalam mana-mana harga sekali pun.

Namun begitu, Keita dikatakan akan berbincang dengan RB Leipzig bagi memperkatakan mengenai masa depannya.

Keputusan Keita itu telah membuatkan Liverpool dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengetahui situasi terkini pemain tersebut.

Liverpool pula dalam pada itu dikatakan bersedia untuk sekali lagi memecahkan rekod perpindahan pasukan apabila bersedia untuk mendapatkan Keita dengan harga £70 juta.

Rekod sebelum ini dilakukan ketika mereka mendapatkan Mohamed Salah baru-baru ini dari AS Roma dengan nilai perpindahan £37 juta.

Walaubagaiamanapun Liverpool boleh mengaktifkan klausa perlepasan ke atas Keita dengan membayar jumlah perpindahan sebanyak £48 juta.

Namun begitu, klausa itu cuma akan terpakai pada musim panas pada 2018. Sudah pasti Klopp tidak mahu setahun lagi untuk mendapatkan pemain yang digelar ‘N’Golo Kante Bundesliga’ itu.

Untuk rekod musim ini, Keita telah menjaringkan 8 gol dan 8 bantuan gol dalam 31 penampilan untuk RB Leipzig sepanjang musim.

Berikut merupakan statistik Keita di Bundesliga yang disediakan oleh Squawka:

  • 1403 hantaran
  • 83 take-on
  • 82 pintasan
  • 53 terjahan
  • 40 peluang dicipta
  • 8 gol
  • 7 bantuan gol

Sumber:

  1. Liverpool Echo (2017): Liverpool target Naby Keita set for showdown talks with RB Leipzig; http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/transfer-news/liverpool-target-naby-keita-set-13271453

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN