Safee Sali Bakal Dimasukkan Besi, Akan Rehat 6 Minggu Akibat Kecederaan

Penyerang PKNS FC, Safee Sali terpaksa direhatkan selama 6 minggu selepas beliau mengalami kecederaan serius ketika menentang Melaka United.

Kecederaan yang dialami oleh Safee adalah keretakan di bahagian tulang selangka atau collar bone.

Menurut jurulatih PKNS FC iaitu E. Elavarasan, Safee terpaksa menjalani rawatan dan bahunya perlu dimasukkan besi untuk menyokong bahu beliau.

Hasilnya, Safee akan terlepas baki semua aksi perlawanan PKNS FC bagi bulan Julai.

“Safee akan lalui pembedahan untuk memasukkan besi tak lama lagi, jadi beliau akan terlepas semua aksi pada bulan Julai.”

Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Kecederaan Safee itu hadir selepas bekas pemain Pelita Jaya itu cuba untuk melakukan sepakan gunting pada minit ke-72 iaitu 2 minit selepas jaringan beliau dihasilkan.

Namun Safee gagal melakukan percubaan itu dengan baik menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Safee dijangka akan berehat lebih dari 6 minggu. Hal ini kerana, tempoh 6 minggu itu adalah tempoh untuk berehat dan proses pemulihan dari kecederaan sahaja.

Difahamkan Safee memerlukan 2 bulan untuk membolehkan beliau kembali menjalani latihan.

Apa-apa pun, semoga cepat sembuh Safee Sali!

Sumber: 

  1. MStar (2017): Safee Sali Dibedah, Masuk Besi; http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/07/02/safee-dibedah/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN