Presiden FAM Terima Pingat Panglima Jasa Negara Sempena Hari Keputeraan YDPA

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin adalah antara penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah, pada hari ini.

Majlis penyampaian berlangsung di Istana Negara, dan Datuk Hamidin Mohd Amin mengetuai senarai penganugerahan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Hamidin mula dikenali di dalam industri bola sepak negara apabila menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada 1998 sehingga 2013.

Hamidin

Beliau kemudiannya menyertai FAM sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Aizzuddin Ahmad, pada ketika tampuk pengurusan badan induk bola sepak negara itu masih lagi di bawah kepimpinan Sultan Ahmad Shah.

Hamidin turut pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung ketika Sultan Abdullah bergelar Presiden FAM dari 2014 sehingga 2017.

Beliau dilantik sebagai Presiden FAM pada Julai 2018, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Daripada kami warga kerja Semuanya BOLA, tahniah kami ucapkan kepada Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin atas pengurniaan pingat Panglima Jasa Negara (PJN).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN