Presiden FAM telah tampil memberikan penjelasan mengenai punca dan akibat mengenai keputusan AFC dalam meneruskan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dengan Malaysia di Pyongyang.
Sebelum ini, kerajaa Malaysia telah memberikan nasihat supaya tidak terbang ke negara berkenaan atas sebab-sebab keselamatan.
Namun menurut Presiden FAM, nasihat keselamatan atau travel advisory yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia tidak cukup kuat untuk menarik AFC untuk menjadikan lokasi perlawnanan itu di gelanggang berkecuali.
“Jika kerajaan Malaysia mengeluarkan sekatan untuk pergi ke Korea Utara barulah AFC akan membawa perlawanan ini ke gelanggang berkecuali.”
Walaupun begitu, perlawanan ini perlu diteruskan kerana kesan yang menanti skuad negara amat besar.
Hal ini kerana Korea Utara bakal diberikan kemenangan 3-0 secara percuma serta FAM bakal didenda dengan jumlah wang iaitu USD 50 ribu.
Selain itu, Malaysia juga berhadapan dengan potensi bakal disingkirkan dari pusingan kelayakan Piala Asia 2019 serta pasukan-pasukan negara juga dijangka tidak dibenarkan memasuki pertandingan anjuran AFC di masa akan datang.
Tetap tak setuju
Presiden FAM juga tetap tidak bersetuju dengan keputusan AFC untuk bermain di Pyongyang.
Hal ini kerana dikatakan kualiti layanan di sana tidak begitu memuaskan.
“Saya juga dimaklumkan oleh beberapa jurulatih yang pernah pergi ke negara tersebut bahawa situasi di negara tersebut agak teruk.”
“Malah saya juga khuatir dengan masalah jaminan keselamatan serta layanan kemudahan penginapan dari segi tempat tinggal dan makanan di sana.”
Hal ini kerana menurut Presiden FAM, skuad negara perlu membawa makanan sendiri serta terdapat unsur sabotaj.
“Seperkara lagi adalah berkenaan masalah mutu pengadilan disana kerana sekiranya terdapat keputusan yang tidak menyebelahi Korea Utara pastinya keselamatan pengadil akan terjejas sekaligus membuatkan pengadil tersebut akan tertekan.”
Namun begitu, Presiden FAM menyerahkan perkara ini kepada kerajaan Malaysia dan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia & Sukan untuk menentukan keputusannya.
Bagi Presiden FAM, keselamatan rakyat Malaysia haruslah menjadi agenda utama.
Baca juga: Annuar Musa: “Mungkin Selepas Ini Tiada Lagi Kelantan Di Liga Malaysia”