4 Calon Yang Mungkin Menjadi Jurulatih Harimau Malaya

Spekulasi bertiup kencang menyatakan Paulo Bento akan mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia hanya khabar angin daripada media sosial tempatan setelah mendapat penjelasan daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada semalam.

Pihak FAM telah memberitahu bahawa tempoh tiga atau empat hari saja akan diumumkan pengendali baharu skuad kebangsaan dari Portugal dan dibantu sentuhan magis Tan Cheng Hoe.

Jadi siapakah jurulatih utama skuad kebangsaan Malaysia?

Henrique Caslito

Mungkinkah Henrique Caslito bakal mengemudi skuad kebangsaan Malaysia ini dan berasal dari Portugal yang dimaksudkan pihak FAM atau calon jurulatih lain?

Secara umum, Henrique Caslito pernah mengendalikan skuad Vietnam sebanyak dua kali pada tahun 2002 dan 2008-2011. Malah, kejayaan beliau bersama Vietnam menjuarai Piala AFF pada 2008 dan mendapat pingat perak dalam temasya Sukan SEA 2009.

Dengan keupayaan beliau mengendalikan skuad Vietnam dan sudah ‘masak’ gaya bola sepak Asia, ia bakal menjadi kayu pengukur pada pengurusan FAM kendalian Tunku Mahkota Johor untuk mengubah nasib kemajuan bola sepak Malaysia.

Divaldo Alves

Mungkin calon lain yang menarik perhatian oleh FAM ialah Divaldo Alves.

Beliau juga berasal dari Portugal dan pernah mengemudi kelab Persijap Jepara, Minangkabau, dan  Persebaya 1927 dalam saingan Liga Indonesia.

Selain itu beliau juga pernah mengendalikan pasukan Negeri Sembilan FA pada tahun 2012-2013 serta menjadi Pengarah Teknikal skuad Perak FA pada tahun 2014.

Akan tetapi, Alves merupakan watak yang tidak digemari oleh penyokong Negeri Sembilan sewaktu tempoh beliau berada di sana.

Hal ini kerana beliau gagal menaikkan mutu kualiti pasukan Negeri Sembilan sehingga mereka tersingkir ke Liga Perdana pada waktu tersebut.

Adakah beliau akan disebut menjadi jurulatih utama skuad kebangsaan Malaysia dalam tempoh tiga atau empat hari lagi?

Jose Peseiro

Selain itu, Jose Peseiro juga mungkin menjadi sebutan pihak FAM.

Anak kelahiran Coruche, Portugal ini kini mengurus kelab Al-Sharjah beraksi dalam liga Emirah Arab Bersatu (UAE) dan pernah mengurus kelab Portugal seperti Braga dan FC Porto dalam liga Portugal serta Panathinaikos di Greece.

Beliau juga pernah menjadi jurulatih skuad Arab Saudi pada tahun 2011-2013 dan pengalaman mengendalikan skuad Arab Saudi akan memberi pendedahan baharu pada revolusi bola sepak negara sekiranya dilantik menjadi pengendali skuad kebangsaan.

Ulisses Morais

Satu lagi nama yang cukup menarik untuk diperkatakan adalah Ulisses Morais.

Beliau merupakan jurulatih yang juga tidak kurang hebatnya apabila banyak menguruskan pelbagai pasukan di Liga Portugal seperti SC Beira-Mar yang merupakan bekas kelab Nazmi Faiz, Pacos de Ferreira dan juga Gil Vicente.

Siapakah calon pilihan anda? Nyatakan di ruangan komen.

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan Pahlawan Jebon. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Presiden FAM Tak Setuju Dengan Keputusan AFC,  Tetap Mahu Gelanggang Berkecuali Digunakan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN