Presiden DFB Menyesal Tidak Kendali Isu Perkauman Ozil Dengan Lebih Tertib

Presiden Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel mengakui kesilapan di pihak mereka mengenai tatacara pengendalian status Mesut Ozil di dalam skuad kebangsaan Die Mannschaft.

Namun demikian beliau tetap menafikan dakwaan perkauman yang dikemukan oleh Ozil walaupun terkejut dengan kritikan yang DFB terima berikutan persaraan pemain tengah itu dari arena antarabangsa.

Ozil mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa pad Ahad lalu, selepas menuding layanan berbaur perkauman oleh DFB terhadap permain yang mempunyai pertalian darah dari Turki.

Menurut Ozil, Grindel gagal memberikan sokongan kepada beliau sepanjang kempen Jerman di Piala Dunia 2018.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh DFB pada Khamis lalu, Grindel melahirkan kekecewaan mengenai foto Ozil dan Ilkay Gundogan yang diambil bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di London pada Mei lalu yang digunakan secara meluas sebagai bahan ugutan berbaur perkauman.

“Saya tidak berpura-pura kritikan ini tidak memberi kesan kepada saya. Saya rasa ini juga tidak adil untuk rakan sekerja, sukarelawan di peringkat akar umbi dan staff di DFB secara keseluruhan yang dikaitkan dengan dakwaan perkauman.”

“Ia adalah dakwaan yang kami nafikan setelah ia dituding kepada peribadi dan organisasi yang kami terlibat,” jelas Grindel.

Grindell turut menekankan DFB sentiasa menekankan nilai kepelbagaian, solidariti, anti diskriminasi, dan perkara itu sentiasa dekat di hati beliau selaku seorang presiden.

“Sebagai presiden, saya sepatutnya lebih tegas mengenai perkara yang berlaku di hadapan saya. Sebarang bentuk isu dan amalan perkauman tidak akan diterima di bawah pemerhatian saya.”

“Begitu juga dengan apa pun perkara mengenai Jeremy Boateng, Mesut Ozil dan semua pemain sehingga ke peringkat akar umbi yang mempunyai latar belakang imigran,” jelas beliau lagi.

(Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images,)

Selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai DFB, Grindell mahukan insiden sebegini dijadikan pengajaran supaya pendekatan yang lebih baik dapat digunapakai pada masa hadapan untuk memupuk hubungan integrasi yang lebih baik di dalam organisasi dan pasukan kebangsaan Jerman.

Jerman dilaporkan akan membida untuk menjadi tuan ruah Euro 2024. Insiden perkauman membabitkan Ozil ini mampu merosakkan proses bidaan jika tidak ada kesatuan di dalam DFB sendiri yang berpecah belah terhadap isu ini.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN