Presiden AC Milan Sahkan Penjualan Kelab!

Kenyataan Berlusconi

Presiden Milan, Silvio Berlusconi, mengesahkan bahawa beliau akan menjual kelab juara Eropah tujuh kali, AC Milan kepada pelabur dari China.

Beliau juga dijangka menerima €400 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.
Berlusconi, yang membeli kelab itu pada tahun 1986 menyatakan bahawa beliau telah berunding lebih setahun untuk perkara itu melibatkan pelbagai pihak.

Kini beliau benar benar yakin bahawa perjanjian itu adalah muktamad. Beliau membuat kenyataan selepas keluar dari hospital pada Selasa, selepas berjaya menjalani pembedahan jantung.

Menurut beliau;

“Saya melalui tempoh 26 tahun yang kemudiannya menjadi 30 tahun di sini.”

“Kebimbangan saya memuncak dalam tempoh empat tahun yang lalu kerana saya gagal untuk melakukan perkara-perkara sepertimana yang pernah saya lakukan pada masa lalu,”

“Saya perlu membuat keputusan yang sangat penting.”

“Saya mahu menyerahkan AC Milan kepada orang yang boleh menjadikan kelab ini sekali lagi menjadi kuasa utama, bukan sahaja di Itali malah di Eropah dan dunia.”

“Terdapat satu komitmen daripada pelabur baru untuk membayar €400 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.”

“Saya menjual kelab ini kepada orang yang boleh membawa AC Milan kembali ke tempat selayaknya ia berada.”

Milan Akan Bangkit

Milan, dilaporkan mengalami kerugian sebanyak €93.5 juta pada tahun lepas.

Mereka baru sahaja melantik Vincenzo Montella sebagai jurulatih baru mereka.

Milan menduduki tempat ketujuh dalam liga Itali musim lepas dan gagal layak ke mana mana slot Eropah untuk 3 tahun berturut-turut.
Robin Li, pengasas enjin carian Baidu dan disenaraikan sebagai orang keenam terkaya di China telah mengetuai konsortium tersebut dan akan membeli 70% saham kelab itu.

Jika selesai, mereka akan menjadi kumpulan pelabur terbaru dari China untuk membeli pegangan dalam kelab Eropah.

Pada bulan Disember, syarikat induk Manchester City City Football Group telah mengumumkan pelaburan $400 juta dari sebuah konsortium China, CMC.

Manakala kumpulan hartanah Dalian Wanda membeli kepentingan 20% di Atlético Madrid tahun lepas.

Apsirasi Penyokong 


Adakah ini berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat AC Milan di seluruh dunia, tidak lupa juga di Malaysia?

AC Milan menerima tekanan teruk daripada bebanan hutang dan masalah kewangan kelab.

Mereka cuma mampu menandatangani bintang-bintang veteran dan bukannya marquee signing.

Banyak perjanjian pinjaman dibuat dan juga penjualan pemain ke kelab lain kerana mahu mengelakkan masalah pembayaran gaji.

Perjanjian ini diharap akan membolehkan Milan bersaing sekali lagi di pasaran perpindahan dan membentuk pasukan yang kuat.

Uploading…

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN