Berkenalan Dengan Pemain Baru €40 Juta Chelsea, Michy Batshuayi.

Latar Belakang

Michy Batshuayi adalah penyerang Belgium berusia 22 tahun berketurunan Congo, sebelum ini bermain untuk Olympique Marseille. Ya ! Bekas kelab Didier Drogba.

Beliau baru menamatkan tugasan Piala Eropah 2016 untuk pasukan kebangsaan Belgium. Beliau telah menjaringkan gol antarabangsa ketiga (hanya dalam enam penampilan) ketika menentang Hungary pada Pusingan 16 pasukan terakhir.

Kenapa Harga Mahal ?

Ini lebih kepada kerana minat yang banyak daripada kelab kelab lain. Beliau mulai menjadi sasaran utama West Ham dan Crystal Palace.

Kemudian lebih banyak kelab besar yang mahukan khidmat beliau.

Ini selepas Marseille mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa mereka tidak mengharapkan Batshuayi akan kembali semula ke kelab tersebut selepas tugasan Eropah.

Marseille juga berkata, mereka akan mempertimbangkan mana mana tawaran di atas €30 juta kerana mahu mengimbangi buku akaun mereka.

Chelsea datang dengan tawaran yang serius bernilai €40 juta dan dibantu oleh Eden Hazard yang memujuk Batshuayi untuk menyertainya di Chelsea.

gettyimages-543764824 (1)

Perjalanan Karier

Dilahirkan di Brussels, Batshuayi telah memecah masuk pasukan utama Standard Liege pada usia belasan tahun.

Beliau turut membantu Liege menjuarai liga Belgium pada 2013-14 ketika masih berusia 21 tahun. 

Pada musim tersebut, sebahagian daripada scouter besar Eropah sudah memantau perkembangan beliau terutamanya Spurs.

Spurs agak kecewa Batshuayi memililih untuk ke Marseille dengan yuran hanya €6 juta. Rekod jaringan beliau dalam Liga Jupiler membuatkan beliau disenarai dalam skuad bayangan Belgium untuk Piala Dunia 2014.

Namun beliau gagal memecah masuk ke senarai akhir untuk ke Brazil.

Karya Di Marseille

Kerjaya beliau di Marseille bermula agak perlahan, kerana beliau dibayangi oleh aksi cemerlang Andre Pierre Gignac untuk banyak musim tersebut. 

Walaupun hanya 6 kali bermula di kesebelasan utama dalam 26 penampilan liga, Batshuayi masih mampu 9 gol. 

Beliau lantas disenaraikan di antara prospek terbaik di Eropah selepas menunjukkan aksi yang agak baik dengan penampilan yang terhad.

Butshuayi Boleh Bermain Penyerang Tunggal Atau Berkembar

Butshuayi adalah pemain yang boleh bermain sama ada sebagai penyerang tunggal atau berkembar. 

Pada separuh kedua musim lepas di Marseille, Batshuayi biasanya digandingakan dengan penyerang pinjaman dari Sunderland Steven Fletcher dan mereka membuktikan boleh dikatakan boleh bergandingan dengan baik.

Fletcher hanya menjaringkan 2 gol sepanjang tempoh pinjaman separuh musim, tetapi Batshuayi muncul penjaring ke-4 tertinggi di Ligue 1, di belakang Edinson Cavani, Alexandre Lacazette, dan Zlatan Ibrahimovic.

Batshyuai menyatakan, gandingan beliau dan Fletcher lebih banyak membantu beliau untuk menjadi lebih baik.

Ia mungkin bukti bahawa Butshuayi akan lebih efektif bermain dalam sistem berkembar.

“Beliau (Fletcher) dan saya adalah saling melengkapi. Dia bukan stereotaip pemain British yang suka bermain dengan kepalanya. Dia cukup kuat di atas tanah, serta teknikal.” Kata Michy Batshuayi kepada ESPN

Perkembangan

Menurut jurulatih beliau di Marseille, Batshuayi telah berjaya meningkatkan beberapa paun dan inci otot beliau berbanding berberapa tahun lalu.

Beliau juga telah meningkatkan ketangkasan dan skil beliau. Beliau sangat cepat, tangkas, dan sering menggunakan kedua-dua kakinya. 

Namun sejak akhir akhir ini,beliau mempunyai reputasi yang kurang baik kerana agak mementingkan diri sendiri.

Namun, sebagai penyerang, sikap begitu harus ada. Beliau pada masa yang sama tetap menyumbangkan berberapa assist.

Rekod 23 gol dan 10 assist di Ligue 1 musim lalu membuktikan beliau ada kualiti sebagai team player

Selamat Datang Ke Stamford Bridge

Tidak dapat dipastikan sama ada Butshuayi adalah pemain yang ditandatangani atas kemahuan Conte atau lembaga perpindahan Chelsea.

Jika ia daripada lembaga atau Sporting Director, bermakna Butshuayi adalah pemain yang dipantau oleh kejurulatihan Mourinho ataupun Guus Hiddink.

Conte terkenal dengan kemampuan memberikan warna kepada aksi pemain dan kemampuan Butshuayi untuk bermain sebagai penyerang berkembar atau tunggal adalah aspek yang bagus.

Perbandingan dengan Lukaku sudah pasti akan wujud selepas ini, sama ada Butshuayi dijulang sebagai lebih baik atau sebaliknya.

Kami di semuanyaBOLA meramalkan beliau akan menjadi pemain yang ada harapan untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama Chelsea dengan keadaan set striker yang dimiliki oleh Chelsea buat masa ini serta perubahan pengurusan pasukan kepada Conte.

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN