Premier League: Tiada Kes Baharu Dalam Ujian Saringan Keempat

Kes Baharu

Berita baik telah diumumkan Premier League selepas tiada kes baharu yang dapat dikesan selepas ujian saringan pusingan keempat dilakukan terhadap pasukan dalam saingan tersebut.

Ini bermakna hanya terdapat 12 kes positif terkumpul yang dicatatkan dalam kalangan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) manakala sebanyak 17 kes melibatkan kelab English Football League (EFL).

Perkembangan terkini itu sudah pasti menjadi pengkhabaran baik buat seluruh warga EPL kerana seperti diketahui, saingan liga akan kembali bersambung pada 17 Jun nanti.

”Premier League boleh mengesahkannya bahawa Khamis bersamaan 28 Mei serta Jumaat 29 Mei, seramai 1130 orang pemain dan kakitangan kelab telah menjalani ujian saringan Covid-19.”

”Sehubungan dengan itu, tiada kes positif baharu yang dikesan,” menurut kenyataan rasmi dikeluarkan Premier League seperti dilaporkan Goal.

Embed from Getty Images

”Premier League akan memberikan informasi ini demi integriti dan ketelusan saingan ini.”

”Tidak ada perincian khusus mengenai kelab dan pemain yang akan diberikan oleh liga [Premier League] dan keputusan akan dihebahkan kepada umum selepas setiap pusingan ujian dijalankan.”

Sebelum ini, sudah terdapat tiga ujian saringan dilakukan dengan enam kes dicatatkan pada ujian pertama yang dilakukan pada 17-18 Mei [748 orang]. Ujian berikutnya pada 19-22 Mei dengan 996 orang pula mencatatkan dua kes baharu.

Empat lagi tambahan kes positif dicatatkan pada ujian saringan ketiga [25-26 Mei] selepas ujian tersebut telah melibatkan 1008 orang.

Kredit featured image: by Simon Stacpoole/Offside/Offside via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai EPL:

https://semuanyabola.com/epl-bakal-kembali-masih-tertakluk-kepada-persetujuan-kerajaan/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN