Premier League Bakal Perbaiki Kualiti VAR Selepas Kena ‘Maki’ Dengan Mikel Arteta

Premier League sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan perubahan besar dalam penggunaan teknologi VAR selepas menerima terlalu banyak kecaman dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini.

Selepas teruk kena maki dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta baru-baru ini, penganjur saingan liga bola sepak Inggeris itu sepertinya bersungguh-sungguh mahu tunjukkan perubahan.

VAR sememangnya sering menjadi topik perbualan hangat para peminat sejak dari awal ia diperkenalkan dalam saingan Premier League pada musim 2019/20 yang lalu.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang teknologi tersebut sudah terlalu banyak membuat keputusan yang agak kontroversi sejak dari awal ia digunakan.

Selepas empat tahun, sepertinya sudah tiba masa untuk teknologi itu dikaji semula dan kini ramai juga pihak yang hangat memperdebatkan tentang bagaimana penggunaan teknologi itu serta bagaimana sepatutnya ia berfungsi agar menjadi lebih baik.

Sudah terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh VAR seperti kesilapan memberikan atau menafikan sepakan penalti, pembatalan gol, pemberian kad dan banyak lagi hingga menyebabkan ramai percaya teknologi itu perlu diperbaiki.

Terbaru, lihat saja bagaimana kesilapan dari orang yang mengendalikan VAR telah membatalkan gol Luis Diaz ketika bertemu Tottenham Hotspur.

Kesilapan-kesilapan begini membuatkan semakin ramai yang meragui kualiti teknologi itu dan mendesak agar adanya perubahan.

Mikel Arteta antara yang paling lantang menyuarakan hal tersebut pada ketika ini, kerana beliau sedang benar-benar sakit hati dengan teknologi itu.

Pengurus Arsenal itu bengang melihat pengadil dan VAR membenarkan gol yang dijaringkan oleh Anthony Gordon ketika aksi kekalahan 1-0 mereka di tangan Newcastle minggu lalu.

Pengurus dari Sepanyol itu mendakwa:

“Kita perlu bercakap tentang keputusan kerana kita perlu bercakap tentang bagaimana gol jahanam ini boleh tetap dikira.”

“Ia menakjubkan. Saya rasa sangat malu, tapi saya perlu menjadi orang yang harus datang ke sini dan cuba pertahankan kelab dan cuba minta bantuan kerana ia satu hal yang sangat menjengkelkan untuk melihat gol itu dibenarkan. Ia benar-benar memalukan.”

Ketika ditanya mengapa beliau menganggap ia satu hal yang memalukan, Arteta menjawab:

“Kerana itu bukan gol, atas banyak alasan itu bukan gol, sekurang-kurangnya ada lebih dari satu alasan itu memang bukan gol.”

“Terlalu banyak yang berlaku di sini. Kami telah memberikan usaha yang sungguh luar biasa dan sukar untuk bersaing di tahap ini dan ia benar-benar memalukan. Saya sendiri rasa malu, saya berada di negara ini sudah lebih 20 tahun dan ini langsung tak menggambarkan yang ini adalah liga terbaik di dunia.”

Walaupun Premier League sebelum ini menegaskan keputusan VAR tak membatalkan gol jaringan Anthony Gordon adalah keputusan yang tepat, namun mereka tetap mahu mencari jalan untuk menambah baik kualiti teknologi itu.

Menurut sumber laporan dari Daily Mail, Premier League sedang mempertimbangkan untuk mencari operator VAR yang baru selepas kontrak operator sekarang, Hawk-Eye akan tamat pada penghujung musim 2024/25 nanti.

Hawk-Eye jelas sekali berjaya memberikan hasil yang menakjubkan dalam sukan kriket, dengan teknologi ball-tracking mampu menunjukkan bagaimana pergerakan bola di udara selepas ia dipukul.

Teknologi itu juga turut digunakan dalam sukan Ragbi dan Tenis dan hasilnya juga diakui sungguh menakjubkan.

Hawk-Eye juga bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi goal-line di Premier League dan hasilnya lebih bagus serta konsisten tidak seperti VAR.

Laporan sama turut mendakwa yang hal ini berlaku kerana perubahan peraturan dalam bola sepak menyebabkan penggunaan VAR lebih susah dan mencabar.

Operator-operator lain kini sedang mempersiap serta menawarkan diri untuk memberi perubahan baru kepada VAR selepas berakhirnya kontrak Hawk-Eye nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN