Premier League Bakal Disambung Semula Pada 1 Jun

Premier League

Saingan bola sepak Premier League (PL) di England dijangka dapat disambung semula pada 1 Jun 2020 ini.

Menurut laporan Sky Sports, kerajaan England telah memutuskan untuk membenarkan semua saingan sukan profesional untuk disambung semula pada tarikh berkenaan. Ianya termasuklah bola sepak, ragbi dan juga kriket.

Kerajaan England ketika ini sedang merencana beberapa langkah untuk kembali membolehkan rakyatnya menyambung semula kehidupan seperti biasa dan ini termasuklah bagi industri sukan.

Hal membabitkan sukan tertakluk kepada langkah kedua pelan strategik kerajaan United Kingdom untuk mengatasi wabak Covid-19. Dalam kenyataan yang dikeluarkan mengatakan, “membenarkan aktiviti sukan dan budaya diadakan tanpa penonton untuk tujuan penyiaran, sementara mengelakkan risiko kontak sosial secara besar-besaran.”

Dalam masa yang sama, PL juga telah bersidang bagi menentukan hala tuju musim 2019/2020 dengan kesemua 20 pasukan komited bagi menamatkan musim.

Lebih menarik, kesemua pasukan termasuk mereka yang berada di kelompok bawahan liga memilih untuk menghabiskan musim dengan perlawanan dimainkan seperti biasa menggunakan format laman sendiri dan tempat lawan (home and away).

Hal ini kerana, kelompok bawahan PL tidak mahu beraksi di gelanggang berkecuali disebabkan jika diadakan dengan cara sebegitu maka ianya akan menyebabkan peluang untuk kekal di PL adalah tipis.

Ianya disebabkan apabila perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali membawa maksud jumlah perlawanan akan berkurangan, kerana itulah mereka mahu menamatkan kesemua baki 92 perlawanan yang belum lagi dimainkan.

Hasil dari perbincangan tersebut juga mendapati tiada pasukan yang mengusulkan supaya penyingkiran dimansuhkan untuk musim ini serta kontrak pemain akan dilanjutkan bagi mereka yang bergelar pemain tanpa kelab bermula 30 Jun ini.

Baca juga artikel mengenai Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN