Selepas tampil dengan ‘aura baharu’ adidas Predator Mania pada Disember lalu, jenama sukan terkenal dari Jerman itu kali ini hadir dengan inovasi teknologi terkini apabila memperkenalkan adidas Predator 20 Mutator.
Predator 20 Mutator ini dilengkapi dengan penggunaan teknologi DEMONSKIN yang menawarkan lebih ‘cengkaman’ terhadap bola dan mendorong pemain untuk melakukan kawalan bola di tahap maksimum.
Teknologi terkini tersebut merupakan antara yang terunggul pernah diperkenalkan oleh adidas kerana ia dihasilkan dengan beberapa lapisan ‘spike’ pada bahagian atas but yang turut dipakai oleh pemain bola sepak ternama dunia, Paul Pogba dan Marc-Andre ter Stegen itu.
‘Spike’ DEMONSKIN itu dilengkapkan secara khusus di bahagian depan dan sisi but tersebut pada bahagian kaki yang menjadi kebiasaan buat para pemain bola sepak untuk mengawal bola. But ini juga turut memberikan keselesaan buat pemain untuk melakukan sepakan ‘spin’ dengan lebih mudah.
Dalam pada itu, satu majlis pelancaran adidas Predator 20 Mutator telah diadakan di Football Republic Sunway Pyramid tempoh hari yang dihadiri oleh bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli serta pemain muda, Shival Pillay Asokan dan beberapa tetamu lain.
Sebaik sahaja majlis tersebut, pengamal media juga diberikan kesempatan untuk menguji ‘kehebatan’ teknologi DEMONSKIN yang terdapat pada adidas Predator 20 Mutator itu di Rhino KV Arena, Shah Alam.
Selain daripada beberapa halangan seperti ‘Top Bin Challenge’, ‘Obstacle Course’ dan ‘Control Ball Challenge’ yang dilalui, barisan media turut beraksi dalam kejohanan jemputan empat penjuru (7 sebelah) bersama-sama para jemputan.